Bagi selebriti, set penggambaraan adalah lokasi popular untuk mereka mencari pasangan. Meskipun ada yang cuba untuk elak daripada terlibat cinta lokasi; tetapi jika sudah ada keserasiaan atau jodoh pasti tidak akan kemana.
Kalau kamu nak tahu, cinta lokasi sering terjadi kerana selebriti ini banyak menghabiskan masa di set pengambaraan untuk bekerja bersama. Jadi tak hairanlah jika wujudnya bibit-bibit cinta di antara mereka kan?
Di bawah Miss Murai kongsikan dengan kamu pasangan selebriti yang terlibat dengan cinta lokasi, di mana pada awalnya mereka hanyalah rakan sekerja sahaja.
1. Fazura & Fattah Amin
Mempunyai ‘shipper’ sendiri, pasangan selebriti Fazura dan Fattah Amin bertemu dan menjalinkan hubungan selepas membintangi drama ‘Hero Seorang Cinderella’ yang ditayangkan pada 2017.
Sejak daripada itu, mereka berdua mengambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga pada November 2017 dan memiliki seorang cahaya mata, Nur Fatima Aisya pada Oktober 2020.
2. Aeril Zafrel & Wawa Zainal
Membintangi drama bersiri ‘Klik’ pada 2011, kedua-dua selebriti ini mengejutkan orang ramai dengan berita perkahwinan pada tahun 2012. Mengadakan majlis perkahwinan secara tertutup ketika itu, pasangan ini dikurniakan empat orang cahaya mata.
Sekadar info, pasangan ini dinikahkan kali kedua pada tahun 2014 kerana pernikahan pertama dibuat tanpa didaftarkan dengan pejabat agama.
3. Zendaya & Tom Holland
Sejak bertemu di set Spider-Man: Homecoming (2016), Zendaya dan Tom Holland menjadi tumpuan utama. Ketika itu, mereka berdua menafikan hubungan tetapi muncul secara publik dengan memuat naik gambar kucupan buat pertama kali pada 2021.
4. Blake Lively & Ryan Reynolds
Pada awalnya, mereka berdua ini menjalinkan hubungan dengan orang lain ketika bertemu buat pertama kalinya di set ‘Green Lantern (2010)’. Tetapi di penghujung tahun 2011, Blake dan Ryan terlibat dengan cinta lokasi.
Setahun selepas itu, mereka mengambil keputusan untuk berkahwin dan kini dikurniakan tiga orang anak yang comel!
5. Angelina Jolie & Brad Pitt
Pasangan selebriti popular, Angelina dan Brad bertemu pertama kali di set ‘Mr. and Mrs. Smith (2004)’. Ketika itu, Brad telah berkahwin dengan Jennifer Aniston dan kemudiannya bercerai pada tahun 2005.
Selepas bercerai, Brad dan Angelina mengambil anak angkat dan berkahwin pada 2014. Sekitar tahun 2016, Angelina memfailkan perceraian terhadap suaminya.
Pasangan selebriti yang terlibat dalam cinta lokasi, tak semuanya berakhir dengan perkahwinan dan ada juga yang masih kekal bersama sehingga sekarang!
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.