Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir Al-Yahya (lahir 30 Mei 1983) atau lebih dikenali sebagai Scha Al-Yahya ialah seorang pelakon, pengacara, peragawati dan duta produk Malaysia. Beliau mula dikenali selepas memenangi pertandingan Dewi Remaja 2005/2006 dan membuat kemunculan sulung menerusi drama Impian Illyana dengan memegang watak pembantu. Scha Al-Yahya mula meraih pencapaian luar biasa menerusi watak lakonannya sebagai Dania dalam siri drama Awan Dania pada tahun 2008 sehingga 2010 sekaligus melancarkan kerjayanya sebagai pelakon.
Pada 4 Mei 2012, Scha berkahwin dengan pelakon dan pengacara Lelaki Malaysia iaitu Awal Ashaari serta mereka dikurniakan dua orang cahaya mata perempuan iaitu Lara Alana dan Lyla Amina.
“Anak Nombor 2 Memang Begitu Reaksi Mukanya!”
Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik Scha Al-Yahya yang meraih perhatian ramai. Video berkenaan, kini mendapat jumlah tontonan sebanyak 334 ribu, tanda suka sebanyak 29 ribu dan sebanyak 377 komen.
Di dalam video berkenaan, memaparkan Scha Al-Yahya menunjukkan gambar sekolah anak keduanya iaitu Lyla Amina. Apa yang menarik perhatian adalah, hampir semua gambar tersebut memaparkan reaksi wajah Lyla Amina yang tidak senyum dan serius seakan pegawai polis wanita.
@scha.alyahya Sekolah Pulis ke ni ..
Rata-rata netizen terhibur melihat video tersebut. Mereka juga mengatakan, sememangnya anak nombor dua kebanyakkan susah untuk senyum jika mengambil gambar. Mereka juga memuji Lyla Amina, walaupun gambarnya kelihatan garang namun terserlah kecomelan padanya.
Apa-apa pun, setiap anak lain karakternya. Semoga kita semua peroleh rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan di akhirat.
Apa kata anda?
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.