Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

“Walau Apapun Terjadi Saya Dan Jayden Akan Sentiasa Ada Untuk Dia”- Nabila Akui Ikhlas Sayangkan Amelia

by Puteri Alia
February 28, 2024
Share on Facebook

Jodoh merupakan satu konsep yang meluas dalam kehidupan manusia. Ia bukan sekadar sinonim kepada pasangan hidup, tetapi juga merangkumi peranan sebagai teman, kawan, lawan, saing, dan juga sebagai pasangan intim.

Bagi sesetengah individu, menemui seseorang yang sesuai dengan kehendak dan keinginan mereka adalah satu kebahagiaan yang luar biasa.

Namun, dalam pencarian jodoh ini, penting untuk diingat bahawa masa dan ketepatan tidak semestinya berada di bawah kawalan kita sepenuhnya.

Dalam Islam, kita diajar untuk percaya bahawa Allah SWT akan memberikan jodoh kepada kita pada masa yang sesuai dan dengan individu yang tepat bagi keperluan kita.

Bercakap soal ini, baru-baru ini pempengaruh dan usahawan terkenal Noor Nabila tampil menjelaskan bahawa dia tidak mahu campur tangan dalam urusan perhubungan bekas suaminya, pelakon popular Sharnaaz Ahmad, dengan Amelia Christie.

Menurut sumber dari Harian Metro, Noor Nabila mengakui bahawa dia sentiasa mendoakan yang terbaik untuk kedua-dua individu tersebut, meskipun dia tidak ingin terlibat secara langsung dalam urusan peribadi mereka.

Perkembangan ini berlaku selepas spekulasi dan perbincangan yang hangat di media sosial berkenaan hubungan Sharnaaz Ahmad dengan Amelia Christie, yang dikatakan telah berakhir. Walaupun begitu, kedua-dua individu itu enggan memberikan komen lanjut atau mengesahkan perkara tersebut.

“Bab ‘percintaan’ Sharnaaz dan Amelia, saya tak masuk campur. Bagi saya, kalau mereka tiada jodoh, nak buat macam mana, kita tak boleh nak melawan takdir kan.

“Cuma saya sentiasa mengharapkan yang terbaik untuk mereka sama ada mereka bersama atau pun tidak.

“Sehingga hari ini kami selalu buat panggilan video atau berhubung. Saya selalu beritahu Amelia walau apapun terjadi saya dan Jayden akan sentiasa ada untuk dia.

“Lagipun sekarang ini, Jayden memang lebihkan Amelia. Semua hal dia nak kongsi dengan Amelia dan kami ikhlas sayangkan dia macam keluarga kami sendiri,” katanya.

Menurut Nabila, dia mengaku selesa berkawan dengan Amelia serta membenarkan wanita itu mendekati Jayden kerana keperibadiannya yang baik serta pandai menghormati orang lain.

Topik Berkaitan [VIDEO] Cipta Trend "Takut Bini", Sharnaaz Ahmad Beri Teguran- "Hormati Tapi Tak Perlu Takut"

“Kali pertama saya bertemu dengan Amelia sekitar hujung tahun lalu. Ketika itu, kami terbabit dengan sebuah penggambaran untuk satu jenama makanan.

“Terus terang, saya suka cara dia bawa diri dan sangat menghormati orang. Sejak itu, kami berhubung dan pergi bercuti bersama-sama di Jepun.

“Masa bercuti kami jadi makin rapat sebab saya berpeluang untuk kenal dia lebih dekat. Orang kata kalau kita nak kenal orang kena pergi ‘travel’ bersama baru kenal perangai orang.

“Jadi secara tak langsung saya boleh nampak keikhlasan dia, cara dia layan orang sekeliling selain pandai bawa diri hingga saya sudah anggap dia macam adik sendiri,” katanya.

Terdahulu Sharnaaz enggan memberikan sebarang komen berhubung hubungannya dengan Amelia yang didakwa sudah putus selepas dikatakan saling tidak mengikuti akaun Instagram masing-masing.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
amelia christienoor nabilasharnaaz ahmad
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Spotlight

“Tak Mahu Turunkan Key”- Jaclyn Victor Cabar Diri Dalam Konsert Bersama MPO

by Phic ARMAN
September 22, 2026

Selepas sekian lama menyimpan impian untuk mengadakan konsert solo bersama Malaysian Philharmonic Orchestra (MPO), penyanyi berkuasa vokal, Jaclyn Victor akhirnya...

Read moreDetails
Foto - @jofliam (IG)
Lokal

Wanita Dakwa Jadi Mangsa Penipuan Kelas Forex Jofliam- “Bayar RM1500 Lepas 3 Hari Group WS Tutup”

by Nurul A.
September 25, 2026

Nampaknya nama pempengaruh Jofliam, atau nama sebenarnya Muhammad Syuhaimi Jofli, tidak henti menjadi bualan ramai. Kali ini, namanya terpalit dalam...

Read moreDetails
Spotlight

Baru 5 Minit, Tinggal 11 Tiket! Apa Hebat Sangat Puteri Gunung Ledang The Musical?

by Phic ARMAN
November 10, 2026

Kalau anda fikir fenomena Puteri Gunung Ledang The Musical (PGL) sudah reda, nampaknya anda silap! Sambutan terhadap muzikal ikonik ini...

Read moreDetails
Spotlight

Belum Tayang Di Malaysia! Areel Abu Bakar Bawa Filem ABANG Ke Barcelona

by Phic ARMAN
October 26, 2026

“Saya percaya kita tidak perlu kehilangan identiti sendiri untuk diterima di peringkat antarabangsa.” Itu antara perkara yang ditekankan pengarah Areel...

Read moreDetails
Spotlight

Puteri Sarah Sentuh Soal Jodoh, Kaitkan Tentang Sekufu Dari Kisah Tun M & Siti Hasmah

by Phic ARMAN
September 29, 2026

Bila bercakap tentang jodoh, ramai mungkin terus fikir tentang pasangan yang boleh buat kita bahagia. Tetapi bagi pelakon Puteri Sarah...

Read moreDetails
Yang Chao-yue
Filem

Dari ‘Rival’ Jadi Kekasih? Kisah Cinta Yang Chao-yue & Dong Si-cheng Di Netflix Curi Perhatian!

by Nurul A.
November 11, 2026

C-Drama kembali 'mendunia' di platform Netflix. Kali ini, muncul pula drama baharu yang berjudul 'Sunshine Through The Rain', memaparkan kisah...

Read moreDetails
Foto - @cikepal06 (IG)
Lokal

[VIDEO] Gelagat Yuki Dengan Cik Epal Buat Ramai Yang Sebak- “Dia Rindu Tapi Tak Pandai Luah”

by Nurul A.
September 23, 2026

Sebuah video lama milik usahawan dan pempengaruh, Cik Epal (CE) bersama anaknya, Yuki kembali tular selepas dikongsi oleh seorang pengguna...

Read moreDetails
Spotlight

Iman Fandi Lancar EP Afterglow, Kisah Belajar Melepaskan Demi Bahagia

by Phic ARMAN
October 16, 2026

Dalam hidup, ada masanya kita perlu melepaskan sesuatu yang disayangi demi kebahagiaan sendiri. Bukan mudah, tetapi itulah antara mesej yang...

Read moreDetails
Kim Jong Un
Spotlight

Kim Jong Un Meninggal Dunia? Foto Terkini Buat Netizen Terkejut

by Nurul A.
October 20, 2026

Tular khabar angin bahawa Pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un telah meninggal dunia baru-baru ini. Berita kematiannya menjadi bualan ramai selepas...

Read moreDetails
Khairul Aming Rembayung
Spotlight

“Cik Buat Dua Separate Booking”- Khairul Aming Ulas Isu Gabung Meja Rembayung

by Nurul A.
October 21, 2026

Nama usahawan dan pempengaruh, Khairul Aming atau mesra disapa sebagai KA, terus menjadi bualan. Dan kali ini disebabkan oleh seorang...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Hans Bila Nak Kahwin?”- Akhirnya Terjawab, Hans Isaac Bakal Kahwini Bekas Ratu Cantik Malaysia

  2. 2

    KAHA MAIDAM 2026 Kembali, Ini Tarikh Penebusan & Jumlah Bantuan Untuk Asnaf Terengganu

  3. 3

    Penulis Novel ‘Suamiku Anak Mak’ Luah Rasa Kecewa,- “Dulu Pernah Kena Hina Penulis Sampah”

  4. 4

    Cantiknya Kalian! 6 Selebriti Ini Umum Sudah Berhijab

  5. 5

    [VIDEO] Betul Ke Tentang Dajjal? Ini Fakta Lagu Welcome to the Black Parade Nyanyian MCR

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara