Fizikalnya yang genit, tak dinafikan Yuni Shara nampak muda sangat.
Penyanyi Yuni Shara memang terkenal dengan penampilan awet muda. Bukan saja badannya yang langsing dan kecil molek, tetapi wajahnya kelihatan tegang dan berseri-seri walaupun sudah berusia 51 tahun. Khabar angin mengatakan Yuni banyak melakukan operasi plastik, tapi betul ke sangkaan tersebut?
Menerusi akaun Instagram, Yuni Shara akhirnya mendedahkan rahsia penjagaan wajah agar kekal awet muda. Katanya sehingga kini dia tidak berani melakukan facelift atau implan benang. Ibu kepada dua anak itu mengakui mahukan hasil yang nampak natural.
Jadi, dia mengaku melakukan botox, rawatan menebalkan kulit di tangan, dan Exosome untuk memudarkan bintik-bintik di wajah.
Bukan pada wajah saja, Yuni turut melakukan rawatan pada bahagian badan yang lain, salah satunya adalah tangan. Kelihatan juga beberapa bahagian badan Yuni disuntik seperti dahi dan tangannya, sehingga kulitnya nampak lebih tegang, cerah dan glowing.
Tak disangkal lagi.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.