Ada persamaan buat dua selebriti tersohor ini untuk menghilangkan wajah bengkak, serta berseri-seri. Tidak memerlukan bahan yang rumit serta kos yang mahal, hanya guna ais sahaja.!
Menurut Blackpink Jennie dalam video Youtube, sebelum mula bersolek, dia akan melakukan ritual rendaman ais. Jennie menyediakan mangkuk besar berisi air sejuk. Bukan setakat bilas atau cuci, dia merendamkan wajahnya buat seketika. Nampak agak menyakitkan, tetapi kaedah ini diketahui bermanfaat untuk kulit.
Tahukah kamu, merendam wajah dalam air sejuk diketahui dapat menyegarkan kulit, mengecilkan pori-pori dan menjadikan kulit lebih berseri. Mudah dan tanpa kos, kaedah ini juga dapat mengurangkan bengkak dan tanda-tanda keletihan pada wajah.
Lagi satu, ritual ini dijalankan sebelum bersolek kerana ia boleh menjadikan hasilnya lebih flawless dan tahan lama.
Siapa sangka rahsia Jennie turut dilakukan Deepika Padukone. Di mana Deepika melakukan ritual rendaman ais sebelum bersiap sedia untuk penampilannya ke Oscars 2023. Katanya rutin ini untuk mengurangkan bengkak di wajah, dan memberi hasil solekan yang cantik serta glamor.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.