Sebelum ini Alif Satar pernah menyatakan bahawa azamnya untuk meneruskan fenomena #GengSubuhMacamJumaat sepanjang hayatnya.
Diperluas Di London
Terbaru, menurut Astro Awani, kempen #GengSubuhMacamJumaat yang diilhamkan olehnya dikatakan akan diperluas kepada komuniti Islam di United Kingdom pada pertengahan bulan depan.
Mesti bagus kalau buat dekat sana, kalau di Malaysia kita boleh tarik berpuluh ribu orang datang, insya-Allah kita cuba.
Benda ni sangat organik dan tak payah rancang sangat.
Macam sebelum ini Alif letak di Instagram sahaja esok nak pergi masjid mana, esoknya ramai yang datang, itulah keindahan #GengSubuhMacamJumaat ni.
Bagi Alif, program seperti ini tidak memerlukan perancangan yang terlalu rapi, cukup sekadar memaklumkan kepada umum lokasi solat subuh yang akan diadakan seawal sehari sebelum berlangsunya #GengSubuhMacamJumaat.
Dalam pada itu, Alif juga mengumumkan bahawa dia telah dilantik sebagai duta syarikat jualan emas Grand Bullion Gold Sdn Bhd yang juga merupakan penaja konsert jelajah berkenaan.
Bekerjasama Bersama Keduataan Malaysia Di London
Menurut Alif beliau akan bekerjasama dengan kedutaan Malaysia di United Kingdom bagi merealisasikan inisiatif berkenaan yang akan menggunakan templat serupa antaranya aktiviti joging selepas selesai solat subuh.
Alif juga turut berkongsi kepada umum mengenai lagu duetnya terbaru bersama kumpulan nasyid Raihan yang pernah mendapat perhatian oleh London Grand Central Mosque.
Berkongsi lanjut mengenai konsert jelajah itu, Alif berkata ini merupakan kali kedua kumpulan berkenaan beraksi di negara itu selepas pertama kali pada 2019.
Sebelum ini kami buka untuk 500 orang tetapi alhamdulillah penuh orang datang, harap sambutan yang sama diterima pada konsert kedua ini juga.
Alif juga berharap keberadaan kumpulan itu di sana dapat menghiburkan pada awal Syawal serta dapat mengubat kerinduan rakyat Malaysia terhadap tanah air.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.