Anak perempuan kepada usahawan kosmetik sensasi, Datuk Seri Vida iaitu Cik B meluahkan rasa pilu apabila dirinya tidak mendapat duit raya seperti kanak-kanak yang lain.
Tiada Yang Mahu Beri Duit Raya
Kongsi Cik B, dia menyatakan bahawa ibu dan bapa saudaranya tidak mahu memberikan duit raya pada Lebaran kali ini disebabkan rasa ‘insecure’ dengan kekayaan anak perempuan DSV ini.
“Korang henti laa minta Cik B duit raya, korang tahu tak tahun ni Cik B dapat duit raya daripada 3 orang je. Mak cik dan pak cik dah tak nak bagi Cik B duit raya sebab diorang kata diorang insecure.
RM1.00 ke, Cik B terima je. Bagi sampul pun Cik B terima je. Tapi kenapa dah tak ada orang bagi Cik B duit raya. Tengok Cik B, korang yang nak duit raya.”-luah Cik B di TikTok
@cikb_havoc Sedih weyh #onthisday #cikb #tiktokmalaysia #fyp #raya #duitraya #viral
“Sini Meh Acik Bagi Duit Raya Kat Cik B…”
Luahan Cik B atau nama sebenarnya Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin ini mencetuskan pelbagai reaksi netizen, malah ramai yang menyatakan mahu memberikan duit raya kepada Cik B.
“Sini akak nak bagi Cik B duit raya. Sama rata macam orang lain dapat RM3.00 😊.”
“Sini meh acik bagi duit raya kat Cik B, siannya, meh sini meh.”
“Hahaha comei Cik B.”
“Betul la, Cik B masih budak, tapi orang sekeliling Cik B anggap lain.”
“Mak cik sangat memahami perasaan Cik B.”
“Bagi sini qr Cik B, Kesian budak kecik lagi tak dapat duit raya 🤭.”
Apa komen anda?
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.