Nur Fasha Sandha Hassan atau lebih mesra dengan panggilan Fasha Sandha yang merupakan seorang pelakon wanita Malaysia. Beliau memulakan kerjaya lakonan pada 2002 ketika berusia 18 tahun dan disifatkan sebagai seorang pelakon yang kerap membawa watak wanita malang dan kebanyakan genre atau watak yang dibawa oleh Fasha banyak kepada watak yang berat.
Fasha Sandha melibatkan diri dalam bidang seni lakonan bermula apabila beliau diperkenalkan menerusi filem arahan Ambri Kailani, Black Maria sebagai watak pembantu. Filem ini ditayangkan pada 26 Jun 2003.
Selepas itu, Fasha mendapat tawaran berlakon yang mencurah-curah bukan sahaja dari produksi filem, malah juga mendapat tawaran untuk berlakon dalam drama sama ada untuk watak utama atau watak pembantu.
“Badan Cantik, Pakai Apa Pun Akan Terletak Elok”-Netizen
Baru-baru ini, tular satu video yanng dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @inayahbeautytrading yang meraih perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 1.2 juta, tanda suka sebanyak 46 ribu dan sebanyak 415 komen.
Di dalam video berkenaan, memaparkan Fasha Sandha yang memberitahu bahawa baju yang dipakainya itu hanya berharga RM19 sahaja.
@inayahbeautytrading Fasha pakai apa pon cantik😍#fyp #fashasandha #bellaastillah #adirasuhaimi #berryfull #gattox #fypシ #fypage #fypシ゚viral #fypdongggggggg #fyppppppppppppppppppppppp #fypp #fypdongggggggg #fypgakni #fypdong #fypgakni #fypindo #tiktokindo #indo #tiktoksukma #sembangentertainment #foryoupage #foryoupageofficiall #shouldbeme #tiktokavatar #Makanlokal #10Bersama #makeup #beauty #founder #founderinayahbeauty #TikTokShopBazarRamadan2024 #TikTokShop
Rata-rata netizen teruja melihat video berkenaan. Mereka juga terkejut kerana tidak sangka Fasha Sandha memakai baju dengan harga murah namun kelihatan mahal.
Apa-apa pun, semoga kita semua diberikan rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat. Apa kata anda?
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.