Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Budaya

TV Alhijrah Sajikan Program Istimewa Haji Dengan Tema Pengorbanan Suci Pembersihan Jiwa

by Aphit J.
June 16, 2024
Share on Facebook

Kempen Haji 1445H di stesen TV AlHijrah tahun ini dilancarkan dengan tema Pengorbanan Suci Pembersihan Jiwa.

Kempen Haji 1445H yang akan berakhir pada 20 Jun 2024, membawakan kepada penonton 4 program terbaik buat santapan rohani.

4 Program Terbaik Bersempana Hari Raya Haji

via TV Alhijrah

Program-program tersebut adalah Munajat Arafah, Peristiwa Haji, Assalamualaikum Istimewa Aidiladha dan Quran@114 Istimewa Aidiladha.

Menurut Pemangku Pengurus Kanan Jabatan Pengurusan Kandungan, Zulkarnaen Mokhtar, kesemua program ini bermatlamat memberi informasi dan pandangan terkini berkaitan ibadah haji.

Rancangan ini akan membawa penonton bersama-sama bermunajat kepada Allah dan menghayati makna hari arafah yang disampaikan oleh pentausiyah sambil diselangi alunan bacaan al-Quran, zikrullah, talbiah dan persembahan qasidah.

Menelusuri Pengalaman Mengerjakan Haji

via TV Alhijrah

Selain itu, peristiwa Haji yang disiarkan pada 17 Jun, jam 9.30 malam merupakan imbauan buat penonton menelusuri sejarah era pelayaran menggunakan kapal laut sebagai pengangkutan utama menuju ke Mekah.

Penonton juga akan dibawa menghargai kejayaan teknologi terkini yang banyak membantu urusan jemaah haji.

Rancangan Assalamualaikum Istimewa Aidiladha juga antara tarikan utama. Pelbagai topik semasa haji akan dikupas dengan panel-panel jemputan terbaik yang mempunyai pengalaman luas dalam urusan rukun Islam kelima ini.

Kesemua rancangan terbaik ini boleh juga ditonton atas talian secara strim di aplikasi AlHijrah Plus di telefon pintar masing-masing.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
TV Alhijrah
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Tular Pelanggan Tinggalkan Sushi Tidak Habis, Netizen Tampil Kongsi Pengalaman Sebenar Sistem Buffet

  2. 2

    6 Destinasi Pantai Timur Yang Berbaloi Diterokai Apabila ECRL Beroperasi

  3. 3

    Ramai Tak Tahu! Kebun Rimba Private Estate Di Janda Baik Ini Ada Vila Mewah Tengah Hutan & Rumah Kampung Tradisional

  4. 4

    “Kami Bukan Nak Gantikan Cendol Mereka”- Pengasas Koppiku Mahu Penjual Tradisional Terus Dikenang

  5. 5

    Patutlah Jadi Pilihan Ramai! Wyndham Suites KLCC Ada Suite Seluas Rumah Di Tengah Kuala Lumpur

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara