Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Belum Cukup Seminggu Bergelar Janda, Ramai Lelaki Cuba Nasib Mahu Jadi Pedamping Hidup Nora Danish

by Puteri Alia
June 22, 2024
Share on Facebook

Tidak sampai seminggu selepas sah bercerai dengan Nedim Nazri, pelakon terkenal Nora Danish sudah menjadi tumpuan ramai lelaki yang mahu mencuba nasib mendekatinya.

Keadaan ini menarik perhatian ramai apabila hantaran video terbaharu Nora di TikTok kembali meledak, sekaligus mengundang pelbagai reaksi daripada para pengikutnya.

Nora Mohd Danish Hanif, 42, yang sering berkongsi kehidupan sehariannya di media sosial, menjadi tumpuan apabila video TikTok terbarunya dipenuhi dengan komen-komen lelaki yang ingin menambat hatinya.

Video tersebut bukan sahaja mendapat ribuan tontonan tetapi juga ribuan komen yang menzahirkan hasrat dan harapan mereka untuk mendekati pelakon cantik ini.

Dalam perkongsian tersebut, ramai lelaki dari pelbagai peringkat umur memperkenalkan diri mereka sambil berseloroh mengenai kebolehan dan kelebihan yang mereka miliki.

Ada yang berusaha memikat dengan humor, ada juga yang serius dalam menyatakan hasrat mereka.

“Saya tak kaya tapi saya boleh panjat pokok kelapa, saya memang sudah lama minat awak Nora, berilah saya satu peluang untuk bahagiakan awak,” komen seorang netizen dengan nada berseloroh.

“Saya tiada rupa tapi ada harta, ada agama, ada pelajaran, harap awak boleh bagi peluang untuk saya, mana tahu kita bahagia sampai syurga,” kata seorang lagi pengikut yang kelihatan serius.

“Nama saya Nuri, awak pula Nora, memang sesuai sangat kalau kita berdua dijodohkan, saya ada harta peninggalan, boleh untuk tanggung awak dan anak-anak,” demikian komen seorang lagi pengguna TikTok yang cuba menarik perhatian dengan keserasian nama.

Keputusan Nora dan Nedim untuk berpisah secara baik diumumkan menerusi prosiding di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.

Topik Berkaitan Nadia Brian Kongsi Foto Bersama Nedim, Peminat Titip Doa-"Moga Jodoh Kalian..."

Pengumuman ini dibuat tidak lama selepas Nora mendedahkan rumah tangganya dengan Nedim yang dibina sejak 2017 telah bergolak sejak April lalu. Meskipun mereka telah berusaha untuk mengekalkan hubungan sebaik mungkin demi anak mereka, perpisahan adalah jalan terakhir yang dipilih.

Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 30 Mac 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Mohamed Neqayl, yang kini berusia enam tahun.

Sebelum itu, Nora pernah berkahwin dengan Datuk Rizal Ashram Ramli atau lebih dikenali sebagai Jejai pada 20 Jun 2006 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Putra Rayqal, yang kini berusia 15 tahun sebelum bercerai pada 2008.

Meskipun baru sahaja menggalas status janda, Nora Danish kelihatan tetap kuat dan terus ceria di hadapan umum. Sokongan dan minat yang diterima daripada para peminat lelaki di media sosial membuktikan bahawa dia masih mempunyai daya tarikan yang kuat dan dikagumi ramai.

Masa depan cinta Nora mungkin masih belum pasti, tetapi yang pasti, ramai yang berharap untuk menjadi sebahagian daripada kisah hidupnya yang seterusnya.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
nedim nazrinora danishnora danish cerai
Share2Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Seungri
Spotlight

Kahwin Dengan Wanita 20-An, Seungri Dedah Bakal Timang Anak Pertama

by Nurul A.
October 28, 2026

Bekas ahli BIGBANG, Seungri berkongsi telah mendaftarkan perkahwinannya dengan teman wanitanya yang berusia 20-an dan bukan dari kalangan selebriti atau...

Read moreDetails
Spotlight

Zizie Izette Kesal Arwah Suami Difitnah – “Nak Bergosip Tu Berpada-padalah”

by Phic ARMAN
October 21, 2026

Kadang-kadang, cerita yang tersebar di media sosial boleh jadi lebih hebat daripada skrip drama. Namun, apabila nama individu yang sudah...

Read moreDetails
Kareena Kapoor
Spotlight

Loket Ayat Kursi Ketika Deepavali? Kareena Kapoor Terima Notis Guaman

by Nurul A.
November 16, 2026

Aktres Bollywood, Kareena Kapoor kini berdepan dengan tindakan undang-undang selepas menggayakan lokel diraja Bhopal yang mengandungi potongan ayat Kursi. Aktres...

Read moreDetails
Spotlight

JessC Gegar Amerika! Bawa Pulang Gelaran World Artist of the Year

by Phic ARMAN
September 27, 2026

Kalau selama ini kita biasa dengar nama artis tempatan beraksi di pentas Malaysia, JessC pula nampaknya semakin selesa membawa muziknya...

Read moreDetails
Anak Najib Razak
Spotlight

Anak Kongsi Luahan Najib Razak- “Daddy Tak Sangka Ramai Sanggup Sumbang”

by Nurul A.
September 24, 2026

Perkongsian anak perempuan bekas Perdana Menteri iaitu Nooryana Najwa baru-baru ini mengenai bapanya, Datuk Seri Najib Razak (DSN), telah mendapat...

Read moreDetails
Meerqeen
Spotlight

[VIDEO] Pengakuan Meerqeen Kahwin Buat Ramai Terkejut- “Sumpah, Dah 2 Tahun”

by Nurul A.
October 22, 2026

Pelakon Meerqeen menjadi bualan ramai selepas membuat pengakuan mengejut mengenai status perkahwinannya. Pengakuan itu dibuat semasa menjadi tetamu dalam podcast...

Read moreDetails
Kate Middleton
Hollywood

[VIDEO] Hampir Jatuh Kerana Gaun Dipijak, Reaksi Kate Middleton Jadi Tumpuan

by Nurul A.
September 24, 2026

Puteri Wales, Kate Middleton hampir tergelincir ketika menghadiri tayangan perdana filem baharu Tom Cruise, "Digger" di London baru-baru ini. Mengenakan...

Read moreDetails
Spotlight

Dato’ Fazley Dedah ‘Match Maker’ Di Sebalik Hubungannya Dengan Datuk Seri Vida

by Phic ARMAN
November 11, 2026

Siapa sangka, usikan anak-anak boleh menjadi titik permulaan kepada sebuah hubungan istimewa? Itulah yang berlaku kepada penyanyi dan cef selebriti,...

Read moreDetails
Spotlight

Awie Masuk Dunia Reggae? Kolaborasi Dengan Sasi The Don Cetus Kelainan

by Phic ARMAN
November 19, 2026

Dunia muzik tempatan bakal menyaksikan satu kolaborasi menarik apabila penyanyi reggae dan dancehall terkenal, Sasi The Don, bergabung dengan ikon...

Read moreDetails
Putera mahkota
Spotlight

[FOTO] Momen Comel, Putera Mahkota Jordan & Putera Mateen ‘Dating’ Bawa Anak

by Nurul A.
October 2, 2026

Sebuah pertemuan antara keluarga diraja Brunei dan Jordan telah mencuri perhatian ramai. Menerusi perkongsian gambar di Instagram, Putera Mahkota Jordan,...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    KAHA MAIDAM 2026 Kembali, Ini Tarikh Penebusan & Jumlah Bantuan Untuk Asnaf Terengganu

  2. 2

    Penulis Novel ‘Suamiku Anak Mak’ Luah Rasa Kecewa,- “Dulu Pernah Kena Hina Penulis Sampah”

  3. 3

    Cantiknya Kalian! 6 Selebriti Ini Umum Sudah Berhijab

  4. 4

    [VIDEO] Betul Ke Tentang Dajjal? Ini Fakta Lagu Welcome to the Black Parade Nyanyian MCR

  5. 5

    Doktor Sebak Dalam Dewan Bedah, Buah Pinggang & Hati Aidil Milik 3 Individu

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara