Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

“Nafsu Pun Dah Tiada, Dah Tua-Tua Ni” – Datuk Red Hanya Akan Berkahwin Selepas Janda-Jandanya Berkahwin

by Puteri Alia
June 24, 2024
Share on Facebook

Usahawan terkenal, Datuk Seri Adnan Abu atau lebih dikenali sebagai Datuk Red, 46, mengakui masih menaruh harapan untuk kembali bersama dua bekas isterinya, Datin Red dan penyanyi popular, Adira Suhaimi.

Dalam satu sesi siaran langsung di TikTok, Datuk Red dengan jujur menyatakan bahawa dia akan terus menunggu sehingga kedua-dua bekas isterinya bertemu jodoh yang baru.

“Selagi janda saya tak kahwin, selagi itu saya tak kahwin,” ujar Datuk Red. Beliau menambah, “Maknanya saya dalam mode ‘standby’, saya tunggu sahaja tawaran mereka. Tapi kalau mereka dah kahwin, nak buat apa lagi.”

Datuk Red, yang kini merupakan bapa tunggal kepada 11 orang anak, menjelaskan bahawa niatnya untuk berkahwin semula bukanlah didorong oleh nafsu, tetapi lebih kepada keperluan untuk mempunyai teman di usia tua.

“Saya fikir nak kahwin hanya untuk sakit pening ketika tua nanti.

“Takkan nak menyusahkan anak-anak saya, takkan nak menyusahkan adik-adik saya. Itu sahaja. Nafsu pun dah tiada, dah tua-tua ni,” katanya dengan nada yang jujur.

Respon daripada pengikutnya di TikTok sangat positif, ramai yang memberikan kata-kata semangat dan mendoakan agar Datuk Red dapat kembali menawan hati bekas isterinya.

“Saya doakan Allah satukan kembali, harap sangat demi anak-anak,” tulis seorang netizen. Manakala, yang lain berkata, “Semoga Datuk Red bersama kembali dengan bekas isteri.”

Rumah tangga Datuk Red dan Adira yang dibina selama sembilan tahun berakhir di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat, Kuang, Selangor pada 23 April lalu. Hanya 21 hari selepas itu, beliau bercerai pula dengan isteri pertamanya, Datin Red atau nama sebenarnya Sharifah Norshafila di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Selangor.

Topik Berkaitan "Tergamak, Sanggup Dia Bagi Tuntutan Macam Tu"- Adira Suhaimi Kesal Dengan Syarat Datuk Red

Datuk Red dan Adira, yang dinikahi di Songkhla, Thailand, dikurniakan empat orang anak sepanjang perkahwinan mereka.

Sementara itu, dengan Datin Red, beliau mempunyai tiga orang anak. Meskipun sudah berpisah, kasih sayang dan tanggungjawab sebagai ibu bapa tetap menjadi keutamaan bagi Datuk Red, dan ini jelas apabila beliau masih berharap dapat kembali bersama bekas isterinya demi keluarga mereka.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Adiradatin reddatuk red
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Imran Khan
Spotlight

Aktor Imran Khan ‘Diusir’ Dari India Selepas Sertai Protes Politik

by Nurul A.
October 20, 2026

Aktor Bollywood Imran Khan dilaporkan telah diminta untuk meninggalkan India menjelang akhir Oktober selepas pihak berkuasa mendakwanya melanggar peraturan imigresen....

Read moreDetails
Ahli Kerabat Diraja
Spotlight

8 Ahli Kerabat Diraja Pilih Orang Biasa Sebagai Pasangan Hidup

by Nurul A.
September 27, 2026

Walaupun 'title' sebagai ahli kerabat diraja memberi banyak kelebihan, tetapi hidup mereka sebenarnya penuh dengan tanggungjawab dan protokol. Lebih-lebih lagi...

Read moreDetails
Spotlight

“Sampai Besar Anak Ingat?”- Ain Edruce Persoalkan Isu Mak Ayah Bergaduh Depan Anak

by Phic ARMAN
November 12, 2026

Pergaduhan suami isteri bukan perkara asing dalam kehidupan berumah tangga. Namun, apabila konflik berlaku di hadapan anak-anak, sejauh mana perkara...

Read moreDetails
Putera mahkota
Spotlight

[FOTO] Momen Comel, Putera Mahkota Jordan & Putera Mateen ‘Dating’ Bawa Anak

by Nurul A.
October 2, 2026

Sebuah pertemuan antara keluarga diraja Brunei dan Jordan telah mencuri perhatian ramai. Menerusi perkongsian gambar di Instagram, Putera Mahkota Jordan,...

Read moreDetails
Jude Bellingham
Spotlight

Ber-‘Boxer’ Calvin Klein, Billboard Jude Bellingham Cetus Kesesakan Lalu Lintas!

by Nurul A.
November 6, 2026

Nampaknya daya tarikan bintang bola sepak Inggeris, Jude Bellingham telah berjaya mencetuskan kekecohan di kalangan penduduk New York. Billboard Jude...

Read moreDetails
Dead-End Job
Spotlight

Drama Netflix “Dead-End Job”, Berbaloi Untuk Strim Atau Skip?

by Nurul A.
November 3, 2026

Mencari pekerjaan yang bergaji lumayan sememangnya sukar. Bayangkan bil terus menimbun dan hutang semakin 'membukit', ia boleh membuatkan kamu rasa...

Read moreDetails
Jennifer Lopez
Spotlight

Pelanduk Dua Serupa, Peminat Sangka Jennifer Lopez Jadi Pencuri Bateri

by Nurul A.
September 21, 2026

Seorang wanita yang berasal dari Minnesota, Amerika Syarikat menjadi tular selepas gambar wajahnya tersebar di media sosial. Wanita yang dikenali...

Read moreDetails
Spotlight

Nora Danish ‘Naik Angin’ Kenyataan Disunting Kaitkan Pemandu Lori – “Itu Fitnah Sama Sekali”

by Phic ARMAN
October 20, 2026

Pelakon Nora Danish tampil menjelaskan isu kenyataannya mengenai pemandu lori yang tular di media sosial selepas terdapat pihak tidak bertanggungjawab...

Read moreDetails
Kim Kardashian, Kardashians
Spotlight

Kim Kardashian Tak Main-Main, Jumlah Pengasuh Untuk Anak Buat Ramai Terkedu!

by Nurul A.
October 5, 2026

Bintang realiti "Kardashians" dan pengasas SKIMS, Kim Kardashian mempunyai empat orang anak, hasil perkahwinannya dengan bekas suami, Kanye West. Dengan...

Read moreDetails
Spotlight

Lebih 300,000 Tonton Aksi Shila Amzah Di China, Tapi Kisah Di Sebaliknya Lagi Menarik

by Phic ARMAN
September 23, 2026

Apa yang akan anda buat kalau tiba-tiba diminta menyanyi bersama kumpulan muzik tradisional yang bahasanya mungkin asing di telinga? Bagi...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Hans Bila Nak Kahwin?”- Akhirnya Terjawab, Hans Isaac Bakal Kahwini Bekas Ratu Cantik Malaysia

  2. 2

    KAHA MAIDAM 2026 Kembali, Ini Tarikh Penebusan & Jumlah Bantuan Untuk Asnaf Terengganu

  3. 3

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  4. 4

    3 Masjid Pilihan Gen Z Untuk Berbuka & Moreh Di Lembah Klang, Seni Bina Cantik, Juadah Pun Menarik

  5. 5

    Elak Kelam-Kabut! Ini 7 Tips Persiapan Hari Raya Yang Ramai Terlepas Pandang

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara