Siapa yang tidak mengenali dengan selebriti media sosial, Maryam Younarae atau lebih dikenali sebagai Maryam Durian Kimchi sering mencuri perhatian peminat kerana selalu berkongsi videonya bersama suami dan anak di media sosial.
Nama Maryam dikenali ramai kerana telatahnya yang mencuit hati serta menghiburkan ramai orang. Maryam kini menetap terus di Malaysia selepas suaminya Ryzal memutuskan untuk menetap di sini, namun masih lagi mengajar anaknya dwi bahasa iaitu Hangul dan Bahasa Malaysia.
“Boleh Letak Dalam Resume, 20 Tahun Pengalaman Buat Kimchi”-Netizen
Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik Maryam yang peroleh perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 338 ribu, tanda suka sebanyak 20 ribu dan sebanyak 80 komen.
Di dalam video berkenaan, memaparkan anak kepada Maryam dan Ryzal, Rina yang sedang mebuat makanan kesukaannya iaitu kimchi.
@uyounik 3tahun sudah boleh buat Kimchi😆❤️
Rata-rata netizen terhibur meihat video berkenaan. Mereka juga mengatakan bahawa telatah Rina semasa membuat kimchi sangat comel tambah pula ketika dia mengelap peluhnya itu. Tambah mereka lagi, mereka memuji cara Maryam membesarkan Rina seakan-akan dia pandai berdikari.
Apa-apa pun, semoga Rina membesar menjadi anak solehah yang taat kepada ibu bapanya itu. Semoga kita semua diberikan rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat.
Apa kata anda?
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.