Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah diputerakan pada 17 September 1995 dengan di Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan Pahang dengan gelaran Tengku Mahkota dan pemangku raja Pahang. Baginda adalah anakanda kedua Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tunku Ampuan Pahang Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Tengku Hassanal memulakan pendidikannya di Sekolah Rendah Sherburne, United Kingdom pada 2002 hingga 2007, sebelum melanjutkan pengajian ke Sekolah Menengah ST THOMAS, Kuantan pada 2008 hingga 2012.
Baginda juga melanjutkan pelajaran ke Universiti of Notthingam. Pada May 2018, Tengku Hassanal tamat pengajian dari Geneva School Of Diplomacy and Relations Switzerland dengan Ijazah dalam hubungan Antarabangsa. Kemudian baginda melanjutkan pelajaran di Akademi Tentera Diraja Sandhurst, United Kingdom.
“Tengku Potong Roti Canai Pakai Pisau Rambo”-Netizen
Terdahulu, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @tengkupanglimaraja yang peroleh perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 2 juta, tanda suka sebanyak 84 ribu dan sebanyak 1,960 komen.
Di dalam video berkenaan, memaparkan Tengku Hassanal di dalam kereta yang dipandu oleh Sultan Pahang sambil menjamah roti canai.
@tengkupanglimaraja BEHIND THE SCENES BTS Lunch on the Go EDISI PAHANG sambil2 melawat PPS Chini 1, Chini 3, Paloh Hinai 3, Lebuhraraya Ktn – Segamat KM 73 & SK Merchong Jaya Boleh tahan jugok murtabak Felda Chini Timur 3 ni. Sedap makan cicoh sambal bilih YangDiPertuanAgong YDPA SultanAbdullah PRP PemangkuRajaPahang TengkuMahkotaPahang TengkuHassanal
Rata-rata netizen teruja melihat video tersebut. Mereka juga mengatakan bahawa Tengku Hassanal telah makan di kedai namun tetap membelinya lagi untuk di makan di dalam kereta.
Apa-apa pun, semoga kita semua diluaskan rezeki serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat. Apa kata anda?
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.