Anna Ellisa Gustin Jobling Abdul Rahman merupakan seorang model, pelakon dan pengacara Malaysia. Beliau merupakan bekas peserta Dewi Remaja 2018/2019, di mana beliau mendapat tempat keempat. Beliau telah membintangi beberapa drama TV seperti Shah Alam 40000 dan Keluarga Baha Don, namun lebih dikenali menerusi lakonannya dalam drama Melur Untuk Firdaus
Anna Jobling meupakan anak tunggal kepada bapanya yang berbangsa Inggeris yang berasal dari United Kingdom dan ibunya yang berbangsa Melayu dari Melaka. Sebelum menyertai Dewi Remaja, Anna Jobling memulakan kerjaya peragaan dengan menyertai beberapa pertandingan ratu cantik termasuk Miss Melaka dan Miss Pahang.
Pada usia 15 tahun, ibunya menghantarnya ke akademi peragaan yang dikendalikan oleh Amber Chia dan sejak itu, beliau mula bergiat aktif dalam bidang peragaan dengan membintangi iklan televisyen dan sebagai penghias muka depan majalah.
“Muka Dia Pun Dah Macam Taylor Swift”-Netizen
Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @annajobling_sv yang peroleh perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jummlah tontonan sebanyak 244 ribu, tanda suka sebanyak 10 ribu dan sebanyak 83 komen.
Di dalam video berkenaan, memaparkan Anna Jobling bersama rakan-rakannya yang pergi menonton konsert penyanyi antarabangsa terkenal iaitu Taylor Swift.
@annajobling_sv Anna Jobling 🔥❤️ #concert #taylorswift #london . . 📸 story ig : Anna Jobling . #Annajobling #concert #taylorswift #fyp #fypシ゚viral #Annajobling #FilemLautTengah #haicintadengarkanlah #slotakasiatv3 #annajoblingturns24 #lembayung #nextproject
Rata-rata netizen teruja melihat video berkenaan. Mereka juga mnegatakan bahawa Anna jobling kelihatan seperti ‘mat salleh’ ketika berada di konsert tersebut.
Apa-apa pun, semoga kita semua diberikan rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat. Apa kata anda?
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.