Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Rita Rudaini Bangga Dengan Kejayaan Anak Sulung Pecah Rekod Olahraga Dalam Acara 100m Dan 200m

by Puteri Alia
August 23, 2024
Share on Facebook

Pelakon terkenal Rita Rudaini tidak dapat menyembunyikan perasaan bangga dan syukur atas kejayaan cemerlang anak sulungnya, Airit Rayyan Rizqin, 15, yang berjaya memecahkan dua rekod dalam acara solo 100 dan 200 meter (m) lelaki bawah 15 tahun pada Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah Daerah (MSSD) Sabak Bernam yang berlangsung semalam.

Rita, atau nama sebenarnya Rita Rudaini Mokhtar, 48, meluahkan kegembiraannya apabila Rayyan bersama tiga rakan sepasukan turut meraih pingat emas dalam acara 4×400 meter, sekali gus memperbaharui rekod kejohanan.

“Alhamdulillah, saya bersyukur dengan kejayaan Rayyan itu. Sebagai ibu dan bapa sekali gus, sudah tentu saya bangga dan terharu dengan pencapaian Rayyan dalam sukan olahraga,” ujarnya.

Rita menambah bahawa dia sentiasa memberikan sokongan kepada minat dan cita-cita anak-anaknya, termasuk dalam bidang sukan. Namun begitu, dia juga menekankan pentingnya menjaga keseimbangan antara sukan, pelajaran, dan tanggungjawab agama.

“Saya selalu pesan pada anak-anak, dalam apa juga perkara yang kita buat, jangan lupa pada pelajaran selain tanggungjawab utama iaitu agama. Insya-Allah, jika asasnya betul dan kukuh, saya pasti semua perkara akan dipermudahkan Allah. Saya bersyukur kerana nampak itu pada Rayyan,” kata Rita.

Di samping itu, Rita tidak lupa memberikan penghargaan kepada jurulatih dan tenaga pengajar di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Sungai Besar yang sentiasa membimbing dan menyokong Rayyan.

Topik Berkaitan [VIDEO] Tetap Solat Walaupun Tepi ATM, Sikap Rita Rudaini & Anak Tuai Pujian

“Macam kejohanan sukan MSSD ini pun, saya tidak menghalang Rayyan untuk terbabit. Apatah lagi dia juga mendapat sokongan daripada guru-guru di sekolahnya. Saya percaya mereka lebih arif berkenaan kemampuan dan kelebihan seseorang pelajar,” tambahnya.

Rita juga menceritakan betapa pentingnya peranan seorang ibu dalam memberikan dorongan semangat kepada anak-anak. Beliau tidak ketinggalan untuk hadir memberikan sokongan moral secara langsung kepada Rayyan semasa pertandingan.

“Sudah tentu, apabila melihat Rayyan berjaya dan pecah rekod, ia satu kebanggaan buat saya. Apa pun, ini satu permulaan baharu buat Rayyan. Kalau dia memang mahu serius dalam bidang ini, perjalanannya masih panjang dan banyak lagi perlu dipelajarinya. Namun, pelajaran tetap menjadi keutamaannya,” kata Rita penuh harapan.

Kejayaan Rayyan ini pastinya menjadi pendorong dan inspirasi buat remaja lain untuk terus berusaha dalam mengejar impian mereka, di samping memastikan aspek pendidikan dan tanggungjawab lain tidak terabai.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Anak Rita Rudainirita rudaini
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Kate Middleton
Hollywood

[VIDEO] Hampir Jatuh Kerana Gaun Dipijak, Reaksi Kate Middleton Jadi Tumpuan

by Nurul A.
September 24, 2026

Puteri Wales, Kate Middleton hampir tergelincir ketika menghadiri tayangan perdana filem baharu Tom Cruise, "Digger" di London baru-baru ini. Mengenakan...

Read moreDetails
Foto - Utusan Tun Dr Siti Hasmah
Spotlight

Tun Dr. Siti Hasmah Meninggal Dunia Pada Usia 100 Tahun

by Nurul A.
September 28, 2026

Pagi ini, seluruh Malaysia dikejutkan dengan berita pemergian tokoh wanita negara, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali. Berita tersebut disahkan oleh...

Read moreDetails
Foto - @evertts_gomes (IG)
Spotlight

‘Shipping’ Sampai Buat Fanfic, Evertts Gomes Tegur Peminat KUDRAT

by Nurul A.
October 1, 2026

Pelakon Evertts Gomes menjadi tumpuan ramai selepas memberi teguran tegas kepada segelintir peminat drama "KUDRAT 1986: High Council". Menerusi klip...

Read moreDetails
Son Ye Jin
Korea

Wajah Anak Diambil Tanpa Izin, Son Ye Jin Ambil Tindakan Tegas

by Nurul A.
September 30, 2026

Sama seperti ibu bapa yang lain, aktres Korea Selatan, Son Ye Jin memberikan amaran kepada individu yang mengambil gambar anak...

Read moreDetails
Steps
Filem

Bukan Kisah Dongeng Biasa, ‘Steps’ Tampil Dengan Twist Mengejutkan!

by Nurul A.
October 16, 2026

Netflix telah mendedahkan treler untuk filem 'Steps', sebuah komedi fantasi yang membayangkan semula kisah Cinderella dari perspektif adik-beradik tirinya yang...

Read moreDetails
Cardi B
Spotlight

[VIDEO] “I Don’t Cook, I Don’t Clean?”- Peminat Usik Cardi B Sibuk Cuci Rumah Nenek

by Nurul A.
October 15, 2026

Penyanyi rap, Cardi B mencuri perhatian ramai selepas sebuah video tular memaparkan dirinya sedang sibuk mencuci rumah neneknya di Republik...

Read moreDetails
Spotlight

Zizie Izette Kesal Arwah Suami Difitnah – “Nak Bergosip Tu Berpada-padalah”

by Phic ARMAN
October 21, 2026

Kadang-kadang, cerita yang tersebar di media sosial boleh jadi lebih hebat daripada skrip drama. Namun, apabila nama individu yang sudah...

Read moreDetails
Foto - @khiana.smith (IG) / @khianasmith (TikTok)
Spotlight

Hidap Jangkitan Otak Di Bali, Influencer Australia Hampir Berdepan Maut

by Nurul A.
November 4, 2026

Influencer kecergasan Australia, Khiana Smith didakwa sedang bergelut dengan jangkitan otak yang sangat serius ketika bercuti di Bali, Indonesia. Wanita...

Read moreDetails
Foto - @izaraaishahofficial (IG)
Spotlight

“Lesti, Saya Mohon Maaf Atas Adab Saya”- Izara Aishah

by Nurul A.
October 20, 2026

Pelakon Izara Aishah mencuri perhatian selepas menegur pasukan penyanyi Indonesia, Lesti Kejora secara terbuka di platform Threads baru-baru ini. Menyedari...

Read moreDetails
Spotlight

Nora Danish ‘Naik Angin’ Kenyataan Disunting Kaitkan Pemandu Lori – “Itu Fitnah Sama Sekali”

by Phic ARMAN
October 20, 2026

Pelakon Nora Danish tampil menjelaskan isu kenyataannya mengenai pemandu lori yang tular di media sosial selepas terdapat pihak tidak bertanggungjawab...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  2. 2

    3 Masjid Pilihan Gen Z Untuk Berbuka & Moreh Di Lembah Klang, Seni Bina Cantik, Juadah Pun Menarik

  3. 3

    Deanna Yusuff Ada Alasan Kenapa Meraikan Krismas, “Ini Bukan Sebab Agama Atau Tradisi…”

  4. 4

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

  5. 5

    Elak Kelam-Kabut! Ini 7 Tips Persiapan Hari Raya Yang Ramai Terlepas Pandang

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara