Siapa yang tidak kenal dengan Hanis Zalikha Zainal Rashid, atau lebih dikenali sebagai Hanis Zalikha yang merupakan seorang penulis blog, model, pelakon dan pengacara wanita di Malaysia.
Hanis Zalikha merupakan anak kedua dari tujuh beradik yang memulakan kerjayanya pada tahun 2008 dalam dunia peragaan. kemudian namanya melonjak naik selepas menyertai beberapa rancangan realiti televisyen sehingga ketika itu pencarian namanya di google mengatasi penyanyi no 1 Malaysia iaitu Dato Sri Siti Nurhaliza.
Selepas dari itu, Hanis Zalikha telah berlakon lebih dari 20 filem serta drama sebelum mengambil keputusan untuk mengurangkan aktiviti dalam bidang hiburan. Hanis Zalikha telah berkahwin dengan pelakon lelaki Malaysia iaitu Hairul Azreen dan telah dikurniakan dua orang cahaya mata.
“Bagus Betul Hanis Zalikha Dan Suami Didik Anak-Anak”-Netizen
Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik Hanis Zalikha yang peroleh perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 951 ribu, tanda suka sebanyak 160 dan sebanyak 606 komen.
Di dalam video berkenaan, memaparkan Hanis Zalikha yang merakam anak-anaknya yang sedang membasuh pinggan di dapur rumah mereka.
@haniszalikha Lalu pantas mommy merekod 🥲
Rata-rata netizen teruja melihat video tersebut. Mereka juga mengatakan bahawa Yusuf dan adiknya sangat lembut dalam tutur katanya. Tambah mereka lagi, mereka juga ingin mengikut cara didikan Hanis Zalikha dan suaminya agar anak-anak mereka sama seperti mereka.
Apa-apa pun semoga kita semua diberikan rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat. Apa kata anda?
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.