Telatah kedua-dua anak pasangan selebriti Hanis Zalikha dan Hairul Azreen, iaitu Yusof Iskandar dan Alisa Aisyah mencuri perhatian netizen di media sosial.
Kongsi Gelagat Yusuf Bantu Alisa Siapkan Kerja Sekolah
Menerusi video yang dimuatnaik oleh Hanis di Instagram, dapat dilihat Yusof sedang membantu adiknya, Alisa menyiapkan kerja sekolah agar dapat menonton televisyen bersama di kediaman mereka.
“Yusuf bantu Alisa kerana dia tidak ada kerja sekolah, dan Alisa mengambil masa terlalu lama duk berangan 🤭.”-kongsi Hanis di Instagram
“Soalan Bagus Yusuf..”
Menjengah ruangan komen, telatah Yusof dan Alisa mencetuskan pelbagai reaksi netizen di ruangan komen, malah ada yang terhibur dengan soalan yang ditujukan oleh Yusof kepada ibunya itu.
“Soalan bagus Yusof ‘made in China’, Alisa jawab, ‘have big factories’. Cerdik anak-anak ni.”
“Badminton raket juga yang dia fikir.”
“Oh yeah…Faster!’. But cuteness overload la Yusuf & Alisa💖 Macam tengah tengok Disney Channel.”
“MasyAllah. Geram ya tengok dua beradik ni❤️. Yang penting, abang Yusuf sempat mengadu 😂.”
“Kenapa la korang ni cute sangat ehh 😂😂😂 well gegurl will always do things perfectly yusuf 🤭🤭🤣🤣💕💕.”
Sekadar info, Hanis Zalikha mendirikan rumah tangga bersama Hairul Azreen pada Jun 2015. Hasil perkahwinan, pasangan ini dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Yusuf Iskandar, 8, dan Alisa Aisyah yang kini berusia lima tahun.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.