Pelakon Puteri Sarah Liyana, 39, meluahkan rasa syukurnya apabila bekas suaminya, pengarah kontroversi Syamsul Yusof, 40, akhirnya kembali ke pangkuan keluarganya. Syamsul, yang sudah lama tidak bertemu ibu bapanya, Datuk Yusof Haslam dan Datin Patimah Ismail, meluangkan masa bersama mereka baru-baru ini.
“Alhamdulillah, semuanya dipermudahkan dan berjalan lancar. Saya turut gembira apabila bekas mentua juga gembira,” kata Puteri Sarah.
Walaupun hubungan mereka telah berakhir, Puteri Sarah tetap merasa lega dan gembira melihat bekas suaminya kembali mendekati keluarganya setelah bertahun-tahun terpisah.
Dalam pertemuan tersebut, Puteri Sarah turut hadir bersama anak-anak mereka, tetapi menegaskan bahawa kehadirannya tidak membawa sebarang maksud lain, seperti yang dispekulasi oleh sesetengah pihak.
“Sebenarnya, Syamsul sendiri nak jumpa mereka. Cuma, saya sampai lambat sebab ada acara pada petang itu,” jelas Puteri Sarah.
“Dia juga sempat membawa anak-anak mereka untuk bertemu datuk dan nenek sebelum mereka berangkat ke Vietnam untuk bercuti.
Menjawab spekulasi netizen yang mendakwa mungkin ada keinginan untuk kembali bersama Syamsul, Puteri Sarah dengan jelas menyatakan bahawa tiada niat untuk berbuat demikian.
“Ingin dijelaskan, sehingga detik ini saya tidak terfikir ingin kembali pada Syamsul. Saya sudah ada kehidupan sendiri dan bahagia dengan pilihan sebegini,” katanya.
Puteri Sarah kini lebih fokus untuk menikmati kehidupan yang lebih tenang, membesarkan anak-anak, dan mengutamakan kerjayanya. Dengan perasaan lega dan tenang, dia terus melangkah ke hadapan dengan harapan untuk menjalani kehidupan yang lebih damai bersama keluarga tersayang.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.