Sebelum ini kecoh apabila tindakan usahawan yang terkenal dengan perniagaan crepe yang mengkritik lelaki mandi kolam sewaktu sedang bercuti telah menerima kecaman daripada netizen.
Kurang Selesa Melihat “Burung”
Dalam video tersebut individu tersebut bersama suaminya menyatakan rasa kurang selesa apabila perlu melihat ‘burung’ individu ‘bergoyang-goyang’ sewaktu mandi di dalam kolam yang terbuka.
Ujarnya, di dalam kolam mandi berkenaan terdapat mereka yang berkeluarga dan juga kanak-kanak sehingga masing-masing berasa malu apabila lelaki-lelaki terbabit seakan tidak kisah menampakkan bahagian yang tidak sepatutnya.
Perkongsian berkenaan nyata mendapat kecaman daripada netizen kerana merasakan usahawan tersebut bercakap tanpa memikirkan kontroversi-kontroversi yang pernah dilalui sebelum ini.
Bukan itu sahaja, pengarah dan pelakon Michael Ang turut bersuara mengenai isu ini.
Michael Ang Ulas Isu Tersebut
Michael Ang ada memuat naik video di Instagram miliknya menjelaskan cara pemikiran indivudu tersebut.
Tulisnya, individu tersebut jangan terlalu sempit otaknya dan cara individu tersebut membuatkan rakyat Malaysia kelihatan seperti orang primitif yang bodoh.
Salam. Jangan jadi sempit sangat otak tu.
Kandungan anda membuat kami orang Malaysia kelihatan seperti bodoh yang primitif.
Bertudung tutup litup tapi buat content pasal ‘bird-bird’. Elok la tu.
Otak tak seiring dengan penampilan dan tindakan. Itu saja yang boleh saya katakan.
Tambah Michael, penampilan individu tersebut dikatakan tidak sesuai apabila dia mengulas berkenaan ‘burung’ orang.
Malah Michael juga mengatakan otak individu itu tidak seiring dengan penampilan dan tindakannya.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.