Nama pasangan pempengaruh dan usahawan terkenal, Jofliam dan Cik Epal menjadi bualan ramai selepas Jofliam membuat pendedahan mengenai rumah tangga mereka yang didakwa sedang bergolak.
Jofliam, menerusi Insta Story miliknya, seolah-olah memberikan bayangan bahawa dia sudah bercerai dengan Cik Epal setelah dirinya kini berada di Milan, Itali untuk menyertai pertandingan Top 100 Pizza.
“Setiap gambar yang diambil di sini adalah ketika saya bukan lagi suami kepada Cik Epal. Kalau saya tahu, saya dedahkan status saya 2 minggu lepas. Tapi atas permintaan, saya hold juga status saya.
Saya masih tahu batas saya walaupun saya tidak terikat dengan sesiapa dan saya takkan bergambar jika gambar itu melukakan isteri saya. Tapi saya bukan lagi suami sesiapa dan urusan saya di sini adalah demi Top 100 Pizza.”-tulis Jofliam
“Aku Masih Hormat Dia Sebagai Ayah Yang Sangat Baik…”
Dalam pada itu, Cik Epal menerusi hantaran di Instagram, menjelaskan bahawa dia masih menghormati Jofliam sebagai bapa yang sangat bertanggungjawab terhadap kedua-dua cahaya mata mereka, iaitu Han dan Yuki selain tidak mahu mengeruhkan keadaan terhadap isu yang berlaku.
“Aku masih hormat dia sebagai ayah yang sangat baik dan bertanggungjawab kepada Han & yuki.
Aku sebenarnya tak suka nak reveal hal rumah tangga dekat media sosial. Biar aku dengan dia saja tahu hal sebenar sebab masih belum ada keputusan.
Aku tak nak keruhkan keadaan. Aku percaya setiap apa yang berlaku pasti akan ada jalan yang terbaik. Korang doakan aku dapat handle situasi ni dengan tenang dan matang..”-tulis Cik Epal
Sama-sama kita doakan yang terbaik sahaja buat mereka. Apa komen anda?
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.