Pelakon, Fattah Amin sempat menitipkan ucapan terima kasih buat isterinya yang juga pelakon, Nur Fazura yang memberinya peluang untuk meraikan hari lahir puteri sulung mereka, Nur Fatima Aisya yang kini berusia empat tahun.
Fattah, menerusi hantaran di Instagram, turut memaparkan gelagat Fatima yang menggayakan dres hijau kelihatan teruja apabila berada di sebuah taman permainan tertutup selain memotong kek hari lahir di taman permainan tersebut.
“Happy birthday baby! 🥳 @nurfatimaisya @fattzuralovelife Kesian sampai tertido balik tu..
Thank you Mommy bagi chance Daddy dating dengan Fatima 😘💙.”-kapsyen Fattah di Instagram
“Semoga Allah Pelihara Perkahwinan Fattah & Fazura…”
Di ruangan komen, rata-rata netizen menitipkan ucapan hari lahir buat Fatima Aisya, selain ramai yang berharap kemelut rumah tangga Fattah dan Fazura kembali jernih.
“Semoga Allah pelihara perkahwinan Fattah & Fazura demi Fatimah. Not easy membesar with broken family 😢.”
“Moga Fatimah menjadi anak solehah, penyejuk hati mommy and daddy.”
“Seronok nya birthday girl dating dengan daddy 🥳 ❤️❤️.”
“Ya Allah betapa kasihnya seorang ayah dan si anak yang masih tak mengetahui akan perasaan seorang ayah yang terluka.”
“Fatima pujuk mummy and daddy okay.”
“Kesian tengok Fatima.”
“Nampak Fatima happy sangat bila dengan Daddy.”
“Nampak Fatima lebih ceria bila celebrate birthday dengan Daddy. Semoga yang baik-baik saja untuk mummy, daddy and Fatima.”
Sama-sama kita doakan yang terbaik buat mereka. Apa komen anda?
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.