Siapa yang tidak mengenali anak kepada pasangan selebriti Malaysia ini, Aaisyah Dhia Rana merupakan anak kepada Zain Saidin dan Rozita Abu bakar atau lebih dikenali sebagai Rozita Che Wan atau Che Ta.
Che Ta merupakan seorang pelakon, pengacara dan penerbit di Malaysia. Che Ta cukup terkenal dalam drama bersiri Komedi ‘Kiah Perkasam’ yang pernah menjadi fenomena suatu ketika dahulu.
Che Ta kini sering aktif di media sosial miliknya terutamanya mengenai perniagaan serta mengenai gelagat lucu anak daranya itu Aaisyah Dhia Rana. Aaisyah sering mendapat perhatian ramai kerana bukan sahaja dia merupakan anak kepada selebriti malah kerana rupa parasnya yang menawan serta perangainya yang masuk air.
“Cantiknya Aaisyah, Ada Iras Che Puan Juliana Evans”-Netizen
Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik Che Ta yang peroleh perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 319 ribu, tanda suka sebanyak 8,128 dan sebanyak 334 komen.
Di dalam video berkenaan, memaparkan Che Ta yang merakam Aaisyah sedang menjaga anak kepada Ayu Raudhah itu.
@rozitachewan1 Volunteer For A BABY SITTER #fyp #aaisyahdhiarana #babysitter #babyraees #cheta
Rata-rata netizen teruja melihat video berkenaan. Mereka juga mengatakan bahawa berkemungkinan Aaisyah mahukan adik. Tambah mereka lagi, Aaisyah kini tampak semakin cantik apabila semakin membesar dan mengaakan bahawa Aaisyah mempunyai iras dengan pelakon wanita Malaysia iaitu Che Puan Juliana Evans.
Apa-apa pun, semoga Aaisyah membesar menjadi anak solehah yang taat kepada ibu bapanya itu. Semoga kita semua diberikan rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat.
Apa kata anda?
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.