Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Sudah Ada Rumah Di Sana, Shahir Rancang Mahu Pindah Dan Menetap Di Madinah Atau Mekah

by Puteri Alia
October 10, 2024
13
KONGSIAN
Share on Facebook

Penyanyi popular Shahir, atau nama sebenarnya Ahmad Shahir Zawawi, baru-baru ini mengungkapkan impiannya untuk berpindah dan menetap di Madinah atau Mekah, Arab Saudi.

Keinginan ini bukan sekadar untuk meraih populariti atau membuka perniagaan, tetapi lebih kepada mendekatkan diri dengan Allah dan menjalani kehidupan yang lebih bermakna.

Shahir, 36, dan isterinya, Jaskin Jaludin, 35, pernah menghijrah ke Madinah selama lebih dua bulan tahun lalu. Namun, disebabkan keadaan kesihatan bapanya yang tidak mengizinkan, mereka terpaksa pulang ke tanah air.

“Kami sudah berpindah dan ada rumah di sana. Ketika itu, saya berulang-alik antara Madinah dan Malaysia,” jelas Shahir.

Penyanyi yang pernah merangkul gelaran juara Akademi Fantasia musim kelapan (AF8) ini meluahkan rasa cinta dan hasratnya untuk tinggal di tanah suci.

“Memang sudah lama saya bercita-cita untuk tinggal di sana. Saya ingin menjadikan tempat itu sebagai tempat tinggal, bukan kerana bisnes, tetapi kerana keinginan rohani,” ujarnya.

Bagi Shahir, tujuan utama kehidupannya kini adalah untuk menumpukan perhatian kepada perjalanan spiritual.

“Saya masih menyimpan hasrat untuk tinggal di sana pada masa depan. Bukan saya nak kata saya baik, tetapi saya mahu cuci hati. Dalam kehidupan ini, kadang-kadang kita terlampau bergantung harap pada orang. Oleh itu, semasa pindah di sana, saya tidak membuat sebarang perancangan. Saya ingin bergantung sepenuhnya kepada Allah,” katanya.

Shahir menegaskan, meskipun tidak dapat berpindah ke Madinah sekarang, dia percaya bahawa perancangan Allah adalah yang terbaik. “Bukan sekarang, mungkin pada masa depan,” tambahnya penuh harapan.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
kota mekahmadinamekahshahirshahir pindah madinah
Share5Tweet3SendShare

KINI TRENDING

Angelina Jolie
Hollywood

Jual Rumah Di LA, Angelina Jolie Bakal Pindah Ke Kemboja

by Nurul A.
September 25, 2026

Aktres Hollywood dan aktivis kemanusiaan, Angelina Jolie dikhabarkan bakal meninggalkan Amerika Syarikat. Keputusan itu didakwa dibuat selepas Angelina dan anak-anaknya...

Read moreDetails
Tun Dr. Mahathir
Spotlight

Tun Dr. Mahathir Dimasukkan Ke IJN

by Nurul A.
September 30, 2026

Bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad (Tun M) dilaporkan dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) bagi menjalani pemerhatian...

Read moreDetails
Meghan Markle
Spotlight

Bapa Terpalit Isu P*rnografi Kanak-Kanak, Meghan Markle Dakwa Tahu Sejak 2018

by Nurul A.
October 26, 2026

Bapa Meghan Markle, Thomas Markle, dilaporkan sedang disiasat oleh pihak berkuasa Filipina. Thomas disiasat atas tuduhan memiliki bahan pornografi kanak-kanak....

Read moreDetails
Spotlight

Zizie Izette Kesal Arwah Suami Difitnah – “Nak Bergosip Tu Berpada-padalah”

by Phic ARMAN
October 21, 2026

Kadang-kadang, cerita yang tersebar di media sosial boleh jadi lebih hebat daripada skrip drama. Namun, apabila nama individu yang sudah...

Read moreDetails
Spotlight

Naik Ambulans Untuk Hadiri Konvokesyen, Muhammad Afiq Terima Anugerah Khas

by Phic ARMAN
October 12, 2026

Perjalanan dua hari dengan ambulans dari Arau, Perlis, ke Banting, Selangor, sebelum meneruskan perjalanan ke Kemaman, Terengganu, menjadi pengorbanan sepasang...

Read moreDetails
Kim Jong Un
Spotlight

Kim Jong Un Meninggal Dunia? Foto Terkini Buat Netizen Terkejut

by Nurul A.
October 20, 2026

Tular khabar angin bahawa Pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un telah meninggal dunia baru-baru ini. Berita kematiannya menjadi bualan ramai selepas...

Read moreDetails
Spotlight

Konsert The Weeknd Bakal Sesak, Ini Lokasi Parkir Alternatif Yang Anda Perlu Tahu

by Phic ARMAN
October 28, 2026

Semakin tak sabar nak menyanyi bersama The Weeknd di TM Stadium Nasional, Bukit Jalil? Sebelum terlalu excited memilih outfit dan...

Read moreDetails
Eddie G & Chubb-E, Serangan Radikal
Spotlight

Eddie G & Chubb-E Bergabung, Lancar “Serangan Radikal”

by Nurul A.
September 22, 2026

Industri muzik hip-hop tempatan dimeriahkan dengan pelancaran single terbaharu berjudul “Serangan Radikal”, yang menampilkan gabungan dua artis hiphop iaitu Eddie...

Read moreDetails
Drama China Romantik, The Early Spring
Spotlight

3 Drama China Romantik Untuk Kamu Yang Tak Move On Dengan “The Early Spring”

by Nurul A.
September 18, 2026

Baru sahaja habis ditayangkan, "The Early Spring" menjadi salah satu drama China romantik yang popular di Netflix ketika ini. Menampilkan...

Read moreDetails
Spotlight

Iman Fandi Lancar EP Afterglow, Kisah Belajar Melepaskan Demi Bahagia

by Phic ARMAN
October 16, 2026

Dalam hidup, ada masanya kita perlu melepaskan sesuatu yang disayangi demi kebahagiaan sendiri. Bukan mudah, tetapi itulah antara mesej yang...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Penampilan PAI Anisha Rosnah Bertudung Curi Perhatian

  2. 2

    Deanna Yusuff Ada Alasan Kenapa Meraikan Krismas, “Ini Bukan Sebab Agama Atau Tradisi…”

  3. 3

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  4. 4

    “Saya Pun Tak Buka Aib Awak”- Pekerja Bekas Suami Syida Melvin Nekad Buat Laporan Polis

  5. 5

    Habis Tempoh Iddah, Dr Fie Tawfek Kongsi ‘Dirisik’ Ramai Jejaka- “Kalau Allah Kata Jodoh”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara