Perkongsian terkini usahawan kosmetik sensasi, Datuk Seri Vida mencuri perhatian netizen apabila berkongsi momennya bersama kedua-dua anaknya itu Cik B dan Kacak di lapangan terbang yang difahamkan Cik B bakal melanjutkan pelajaran di Barcelona, Sepanyol.
Datuk Seri Vida atau DSV menerusi video yang dimuatnaik di TikTok, memaparkan DSV seolah-olah tidak melayan ucapan Kacak buat ibunya yang bakal menaiki penerbangan kelas pertama.
“Sampai airport nak checkin barang-barang dulu. Kacak naik class economy je, mama dan Cik B naik 1’st class. Kacak nak duduk dengan staf-staf sebab tu naik class economy. Nak enjoy dengan kawan-kawan.
@quputehtomatohq Tak kan mama nak tinggal kacak sendiri . kita bertiga kena bersama ! duit boleh cari #fyppppppppppppppppppppppp #fypシ #masukberanda #masukberandafyp #fypgakni #dsvgelak #masukberandafypシ #fyp #masukberandatiktok #fyp #dsv #kacak
♬ Comical, fun, cute, video background music(1124511) – Lill Lilly
Namun begitu, DSV sempat membuat kejutan buat Kacak apabila turut memberikan tiket penerbangan kelas pertama yang sama sepertinya serta Cik B.
“Nak pass tiket flight, Kacak memang ingat mama beli economy tiket untuk Kacak. Tapi tak! Mama beli tiket sama dengan Mama dan Cik B.
Kacak tak nak tiket 1’st flight, Kacak rasa membazir bayar tiket mahal-mahal.
Takkan Mama nak tinggal Kacak sendiri. Kita kena bersama-sama walau bagaimanapun. “-kata DSV
“Baguslah Kacak Ni, Tak Berlagak…”
Di ruangan komen rata-rata netizen memuji sikap Kacak yang sangat menyantuni ibunya selain bersikap merendah diri kerana tidak mahukan tiket penerbangan mahal yang dianggap satu pembaziran.
“Kacak memang low profile 👍👍.”
“Baguslah Kacak ni. Tak berlagak.”
“Kacak sangat menyantuni mak dia 👍🏻.”
“Bagusnya DSV ajar anak humble. Kacak mengalah je.”
“Suka tengok Kacak aura budak yang baik dan sayang dengan mak dia.”
Apa komen anda?
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.