Astro mempersembahkan drama bersiri terbaharu, ‘Andai Tiada Dia’, sebuah kisah mengenai konflik alam perkahwinan.
Menemui Peminat 21 Oktober
Ia mengetengahkan juga isu-isu melibatkan pasangan yang sudah berumah tangga dalam melayari alam perkahwinan mereka.
Drama bersiri ini bakal bersiaran bermula 21 Oktober, setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di Astro Ria (saluran 104).
‘Andai Tiada Dia’ merupakan naskhah terbaharu terbitan Global Station mengenai kehidupan pasangan suami isteri yang sedang bergelut dengan dilema untuk mempunyai zuriat.
Menjadi makin rumit apabila ditambah dengan konflik percintaan terlarang antara adik dan juga abang ipar, serta ketabahan seorang wanita menghadapi pengkhianatan dalam perkahwinan.
Naskhah ini juga membawa para penonton menyelami turun naik emosi dalam setiap konflik yang dipaparkan.
Membariskan Pelakon Hebat
Penceritaan drama penuh emosi suka duka menerusi 36 episod ini adalah hasil sentuhan pengarah Riza Baharudin.
Drama ini menampilkan barisan pelakon terkenal seperti Hisyam Hamid, Ummi Nazeera, Mimi Lana dan juga Zahiril Adzim.
Pengarah, Riza Baharudin, turut berkongsi, kerjasama yang diberikan oleh para pelakon dalam drama ini sangat membantu dalam penghasilan karya yang baik.
Setiap dari mereka memainkan watak dengan penuh penghayatan, menjadikan watak yang dibawakan mereka seolah berada dalam situasi sebenar.
Kami juga memberi penekanan elemen Syariah dalam drama ini seperti hubungan antara bukan mahram, proses IVF, dan juga tempoh iddah supaya para penonton boleh mengambil ilmu-ilmu ini sebagai panduan seharian mereka kelak.
Dengan semua elemen yang diberikan, drama ini pastinya akan menepati cita rasa penonton.”
Siri drama terbaharu Astro ‘Andai Tiada Dia’ ini turut boleh distrim menerusi On Demand di Astro Ultra/Ulti box, Astro GO dan sooka.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.