Pempengaruh terkenal, Jofliam tampil bersuara selepas selepas tular pelbagai spekulasi yang turut melibatkan bekas isterinya, Cik Epal serta pekerjanya yang dikenali sebagai Emira Delyati Dewi.
Tidak Pernah Menghalau Cik Epal Dari Kediaman
Jelas Jofliam menerusi hantaran di Insta Stories, menjelaskan bahawa dia tidak pernah menghalau isterinya keluar dari rumah selain mematikan access card kerana ada dua keingkaran telah berlaku.
“Saya masih bagi nafkah pada isteri dan ayah mertua saya. Rumah ni pun disediakan untuk bekas isteri saya duduk semasa dalam iddah. Pemberian nafkah adalah setiap minggu. Yang terbaru 2 hari lepas..”-jelas Jofliam di InstaStories
“Tindakan Saya Hadiahkan Beg Itu Pada Orang Lain Adalah Tindakan Rebel…”
Isu beg tangan berjenama mewah berwarna koko itu pula, Jofliam menyatakan bahawa itu merupakan antara antara barang-barang dihadiahkan pada bekas isterinya sehari sebelum berangkat ke Milan.
“Banyak barang saya hadiahkan dan total hampir 30k. Ketika itu, dia bukan lagi isteri saya dan saya masih jalankan tanggungjawab saya,
Tindakan saya hadiahkan beg itu pada orang lain adalah tindakan rebel selepas kes ini berpanjangan. Saya silap di situ.”-tulis Jofliam
Tidak Bersekedudukan Dengan Mana-Mana Wanita
Tegas pemilik Pizza Wagyu, dia tidak pernah bersekedudukan dengan mana-mana wanita di kediamannya itu.
“Rumah ini adalah rumah syurga saya. Ya ada keluar masuk tapi bukan berdua. Ditemani family. Saya tahu halal haram.”-tegas Jofliam
Apa komen anda?
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.