Perkongsian terkini usahawan jelita Rozita Che Wan atau lebih mesra disapa Che Ta mencuri perhatian netizen apabila berkongsi video suaminya yang juga pelakon, Zain Saidin di media sosial.
Zain Saidin Guna ‘Filter’ Fattah Amin?
Menerusi video yang dimuatnaik di TikTok, Che Ta dilihat menggunakan ‘filter’ wajah Fattah Amin kepada suaminya, Zain Saidin yang sedang duduk di atas sofa sambil tersenyum apabila melihat wajahnya seperti Fattah.
“Eh sama macam abam patah. Tapi ni patah tumbuh hilang berganti.”-kapsyen Che Ta di Instagram
@rozitachewan1 Eh sama la mcm abam patah .. tapi ni patah tumbuh hilang bergantiš¤£š¤£š¤£š¤£ @Zain Saidin . #zainsaidin #fatahamin
ā¬ original sound – Abang taikun garageā¢ļø – Abang taikun garageā¢ļø
“Ni Fattah Saidin..”
Di ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa terhibur melihat wajah Zain yang berubah menjadi Fattah Amin, malah ada yang berpendapat suami Che Ta ini masih kelihatan segak.
“Ni Fattah Saidin.”
“Hahaha hensem sangat versi Fattah Amin hubby Che Ta ni. Meletop.”
“Laki Che Ta Pun Segak aihh.”
“Ada iras sikit-sikit. Zain muka bulat. Fattah muka panjang.”
Sekadar info, Rozita Che Wan dan Zain Saidin mendirikan rumah tangga pada 11 Disember 2013. Hasil perkahwinan, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Aaisyah Dhia Rana yang kini berusia 10 tahun.
Che Ta juga mempunyai dua orang anak lelaki hasil daripada perkahwinan terdahulu iaitu Ammar Effendy dan Aniq Ezzra.
Janganlah terlalu mengambil serius, ia hanya sekadar trend filter untuk hiburan semata-mata. Apa komen anda?
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.