Kalau mengikut undang-undang Negeri, perkahwinan pasangan selebriti ini belum sah.
Pasangan selebriti popular, Rizky Febian dan Mahalini Raharja baru sahaja mengemukakan permohonan pendaftaran perkahwinan di Pengadilan Agama Jakarta Selatan. Walaupun mereka sudah melangsungkan perkahwinan tradisional pada 10 Mei 2024; tetapi di dari segi undang-undang, perkahwinan mereka belum lagi sah.
Perkara itu didedahkan oleh Pegawai Perhubungan Masyarakat Pengadilan Agama Jakarta Selatan iaitu Taslimah, menyatakan perkahwinan itu belum didaftarkan di Pejabat Hal Ehwal Agama (KUA).
“Pemohon, dalam kes ini ialah Rizky Febian. Rizky Febian Adriansyah dan LK Mahalini Ayu Raharja Binti I Gede Suraharja sudah berkahwin, tetapi perkahwinan mereka belum didaftarkan di pejabat urusan agama.”- Taslimah.
Walaupun kedua-duanya telah memuat naik gambar buku nikah di Instagram, Taslimah tidak memberi jawapan yang khusus tetapi beliau menyatakan pasangan ini baru memohon pengesahan pernikahan (isbat nikah) sejak 10 Oktober 2024.
Dengan mengemukakan pengesahan pernikahan, Taslimah merumuskan bahawa sehingga kini pasangan itu tidak mempunyai sijil nikah atau buku nikah rasmi yang dikeluarkan oleh KUA.
“Jika mereka mengatakan telah menikah, ada saksi dan peristiwa pernikahan, itu sudah baik. Sila mohon untuk pengesahan pernikahan kerana ia bertujuan untuk pembaharuan kad keluarga dokumen penduduk sahaja. Itu sahaja yang perlu ke mahkamah, yang lainnya tidak perlu,”- Taslimah.
Apa komen kamu?
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.