Siapa yang tidak kenal dengan Nurshazwany Hasrita Hasbullah atau lebih dikenali sebagai Wany Hasrita yang merupakan seorang penyanyi wanita Malaysia. Beliau mula meraih kejayaan komersial menerusi single sulungnya, “Menahan Rindu” sehingga melayakkannya untuk memasuki peringkat akhir Anugerah juara Lagu yang ke-32.
Pada tahun 2018, beliau telah memenangi Penyanyi Wanita Popular sekaligus dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-31. Beliau juga antara selebriti tanah air yang turut terlibat dalam perlumbaan TOYOTA GAZOO Racing Malaysia (TGR Festival) yang bersaing dalam kelas promosi bagi musim ke-2 hingga musim ke-5.
“Mungkin Kalau Makeup Tebal Sikit Sesuai Semua Warna”-Netizen
Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @fika.hyder yang peroleh perhatian ramai. video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 559 ribu, tanda suka sebanyak 10 ribu dan sebanyak 30 komen.
Di dalam video berkenaan, memaparkan Wany Hasrita yang membuat Colour Analysis untuk menentukan warna pakaian manakah yang sesuai dengan kulit wajahnya itu.
@fika.hyder Nah reveal her other side. She kelakar ye rupanyaa 🤣 serious pecah perut. Thank you @Wany Hasrita for having me. Had so much fun! 😘 #colouranalysis #personalcolouranalysismalaysia #colouranalysismalaysia #colourconsultant #personalcoloranalysis #certifiedimageconsultantmalaysia #wanyhasrita
Rata-rata netizen terhibur melihat video tersebut. Mereka juga mengatakan bahawa mungkin banyak warna yang ridak sesuai dengan Wany Hasrita kerana dia tidak mengenakan makeup.
Apa-apa pun, semoga kita semua diberikan rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat. Apa kata anda?
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.