Siapa yang tidak kenal kakak kepada selebriti Malaysia Neelofa, iaitu Noor Nabila. Dia merupakan seorang usahawan dan ibu kepada seorang anak. Noor Nabila bersama rakan baiknya Rosix Omar sering memuat naik video yang meraih perhatian ramai di laman media sosial milik mereka terutamanya di youtube, instagram dan tiktok.
Sebelum ini, status rumah tangga Noor Nabila dan Engku Imran menjadi bualan ramai apabila ada yang mendakwa sudah retak menanti belah. Namun ianya ditepis oleh Noor Nabila apabila dia mengatakan tiada apa pun sebenarnya yang berlaku.
Mereka juga dikatakan tidak duduk sebumbung serta kedua-dua instagram pasangan tersebut tidak terdapat gambar bersama. Namun pada 25 September yang lalu, akhirnya terlerai apabila Engku Emran dan Noor Nabila disahkan bercerai dengan talak satu.
“Permintaan Jebat Jayden Dah Macam Cerita P.Ramlee, Keluarga 69”-Netizen
Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @sharnaaz.ahmad yang peroleh perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 440 ribu, tanda suka sebanyak 28 ribu dan sebanyak 398 komen.
Di dalam video berkenaan, memaparkan Jebat Jayden yang mengatakan bahawa dia ingin berkongsi teman wanita dengan ayahnya itu.
🤣 #sharnaazahmad #jebatjayden #fyp #foryoupage | jebat dan sharnaaz | TikTok
Rata-rata netizen terhibur melihat video tersebut. Mereka juga mengatakan bahawa Jebat Jayden masih kanak-kanak dan apa yang keluar dari mulutnya hanyalah gurauan sahaja.
Apa-apa pun, semoga kita semua diberikan rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat. Apa kata anda?
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.