Siapa yang tidak kenal dengan Nur Ernie Shahirah Zakri yang merupakan seorang pelakon dan penyanyi hebat di Malaysia. Ernie Zakri memulakan kerjayanya apabila dia menyertai pertandingan bintang RTM edisi 2009 dan sekaligus menjadi juara dalam pertandingan tersebut.
Selain itu, Ernie Zakri juga telah memenangi anugerah vokal terbaik dalam AJL yang ke-32. Dia juga merupakan bekas guru muzik di Akademi Muzik Bentley di Mutiara Damansara, Petaling Jaya.
Penyanyi yang terkenal dengan lagu ‘Ku Bersuara’ itu telah mendirikan rumahtangga bersama penyanyi lelaki Malaysia iaitu Syamel atau nama penuhnya Syameel Aqmal Mohd Fodzly serta dikurniakan seorang cahaya mata yang bernama Nur Khawla Soleha.
“Tu Lah Orang Kata Rezeki Allah Itu Luas, Tak Dapat Dekat Sini Tapi Dapat Kat Tempat Lain”-Netizen
Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @cindailahman4 yang peroleh perhatian ramai. video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 60 ribu, tanda suka sebanyak 4,229 dan sebanyak 62 komen.
Di dalam video berkenaan, memaparkan Ernie Zakri yang memegang trofi kemenangannya di Indonesia baru-baru ini bersama penyanyi tersohor Indonesia iaitu Ade Govinda.
@cindailahman4 Biggg Congratulation to #MasingMasing 🤍🤍 @erniezakriez @Ade Govinda #sctv #SoundTrackSinetronPalingNgetop #erniezakri #adegovinda #repost #fyppppppppppppppppppppppp #fypage #fypシ゚ #malaysia #indonesia #auraerniezakri #aura #lagugalau #universalmusicmalaysia
♬ original sound – Theodore Stanley | Piano Cover – Theodore Stanley | Piano Cover
Rata-rata netizen teruja melihat video tersebut. Mereka mengatakan bahawa semakin hari rezeki Ernie Zakri semakin meluas sehingga dikenali dinegara seberang.
Apa-apa pun, semoga Ernie Zakri terus menghasilkan karya yang berkualiti terutama buat peminat peminatnya itu. Semoga kita semua diberikan rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat.
Apa kata anda?
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.