Siapa yang tidak mengenali anak kepada pasangan selebriti Malaysia ini, Aaisyah Dhia Rana merupakan anak kepada Zain Saidin dan Rozita Abu bakar atau lebih dikenali sebagai Rozita Che Wan atau Che Ta.
Che Ta merupakan seorang pelakon, pengacara dan penerbit di Malaysia. Che Ta cukup terkenal dalam drama bersiri Komedi ‘Kiah Perkasam’ yang pernah menjadi fenomena suatu ketika dahulu.
Che Ta kini sering aktif di media sosial miliknya terutamanya mengenai perniagaan serta mengenai gelagat lucu anak daranya itu Aaisyah Dhia Rana. Aaisyah sering mendapat perhatian ramai kerana bukan sahaja dia merupakan anak kepada selebriti malah kerana rupa parasnya yang menawan serta perangainya yang masuk air.
“Lepas Ni Kena Stanby Ubat Alergik, Sebab Seafood Ni Sedap”-Netizen
Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik Che Ta yang peroleh perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 1.9 juta, tanda suka sebanyak 58 ribu dan sebanyak 1,327 komen.
Di dalam video berkenaan, memaparkan Che Ta yang menunjukkan wajah Aaisyah yang bengkak selepas makan ketam.
“Baru tau yang Aaisyah tak boleh makan ketam, habis bengkak muka dia lepas makan ja terus naik. So lepas ni lega mummy dah takyah beli ketam”-Kata Che Ta
@rozitachewan1 Baqu tau yg aaisyah tak boleh makan ketammmmm.. habih bengkak muka dia .. lepas mkn ja terusss naikkkkk … so pas ni lega mummy dh tk yah beli ketam🤣🤣🤣🤣 #mahal😬 . #aaisyahshiarana #alergic #fyp
Rata-rata netizen teruja melihat video tersebut. Mereka juga mengatakan bahawa Aaisyah kini tergolong di dalam orang yang alergik makan makanan seafood. Tambah mereka lagi, jika Aaisyah tetap mahu makan makanan laut, dia perlu sediakan ubat alergik agar wajahnya tidak terjadi seperti ini lagi.
Apa-apa pun, semoga kita semua diberikan rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat. Apa kata anda?
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.