Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

KRU Bakal Guna Teknologi Terkini? Norman Dedah Konsert GENKRU Antara Konsert Terbesar Pernah Dianjurkan!

by Naddy Joe
December 17, 2024
Share on Facebook

KRU, trio tiga beradik, Norman, Yusry dan Edry Abdul Halim mula menularkan virus dan revolusi sebuah kumpulan muzik dengan irama pop dan hip hop di Malaysia pada tahun 1992.

Lebih dua dekad, pada saat banyak trio dan kugiran memasuki pasaran tempatan, KRU tidak pernah dilupakan. KRU adalah legenda sepanjang zaman.

Karya-karya KRU dari Mengerti, Apa Saja, Fanatik, Generasiku, Awas, Gadis Jelita, Terhangat Di Pasaran, Janji Tinggal Janji, Oh La La sehingga Di Dalam Dilema sentiasa lancar dinyanyikan.

Dan kini daripada hanya menyanyikan karya-karya KRU di bilik karaoke atau kamar mandi, buat julung kalinya ICON ENTERTAINMENT mencetak sejarah membawa KRU kembali menakluk semua peminat dengan sebuah konsert mega yang diluar jangka!

Diberi nama KONSERT GENKRU, peminat sudah boleh mengumpul duit menanti tiga figura tersohor ini membuat persembahan memukau di atas panggung AXIATA ARENA yang dijadual berlangsung pada 3 MEI 2025.

Konsert Terbesar Yang Pernah Dianjurkan

Kongsi Norman Abdul Halim, mereka mahu menggabungkan kesemua golongan untuk merasai era 90-an selain menyifatkan konsert GenKRU merupakan konsert terbesar yang mereka pernah adakan untuk peminat.

“Kita nak gabungkan kesemua golongan sebagai genKRU. Yang muda atau lebih berumur tak rasa segan untuk datang konsert ni.

Konsert ini boleh dikatakan konsert terbesar yang pernah kami anjurkan bersama Icon Entertainment.”-kata Norman Abdul Halim

Bakal Menggunakan Teknologi Terkini 

Tambahnya lagi, konsert GENKRU yang bakal berlangsung pada Mei 2025 ini bakal menggunakan beberapa teknologi terkini selain bakal memberikan persembahan yang berbeza buat peminat.

“Cara penyampaian pun memang akan berbeza kerana ada pelbagai jenis teknologi yang sedang bereksperimen sekarang. Jadi memang ada persembahan baru, tidak seperti yang kami persembahkan sebelum ini.

Kali terakhir kami membuat persembahan adalah di Istana Budaya pada 2018. Banyak perkembangan dari sudut teknologi yang dah berlaku selepas itu.

Seperti yang anda tahu, KRU sentiasa suka bereksperimen dengan teknologi terkini dan kami akan melakukannya.-kata Norman lagi

View this post on Instagram

A post shared by ICON ENTERTAINMENT (@iconentertainmentmy)

Harga tiket bermula dari kategori OOH!LA!LA! (RM258), AWAS(RM358), MENGERTI (478), TERHANGAT DI PASARAN (RM508), APASAJA(RM548) dan FANATIK (RM588). 

Sebarang pembelian kunjungi WWW.TICKET2U.COM.MY/KRU mulai 20 Disember 2024, bermula jam 11.00 pagi. 

‘Awas’, jika anda ‘Fanatik’ KRU, jangan sampai terlepas KONSERT GENKRU di Axiata Arena pada 3 MEI 2025. Jika tidak, hidup anda akan terus berada ‘DI DALAM DILEMA’ kerana terlepas sejarah hiburan terhebat di Malaysia.

Jangan lepaskan peluang!

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
edry kruKRUNorman KRUyusry kru
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Foto - Utusan Tun Dr Siti Hasmah
Spotlight

Tun Dr. Siti Hasmah Meninggal Dunia Pada Usia 100 Tahun

by Nurul A.
September 28, 2026

Pagi ini, seluruh Malaysia dikejutkan dengan berita pemergian tokoh wanita negara, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali. Berita tersebut disahkan oleh...

Read moreDetails
Spotlight

Nora Danish ‘Naik Angin’ Kenyataan Disunting Kaitkan Pemandu Lori – “Itu Fitnah Sama Sekali”

by Phic ARMAN
October 20, 2026

Pelakon Nora Danish tampil menjelaskan isu kenyataannya mengenai pemandu lori yang tular di media sosial selepas terdapat pihak tidak bertanggungjawab...

Read moreDetails
Netflix
Spotlight

14 Filem & Drama Bakal Masuk Netflix November Ini!

by Nurul A.
October 30, 2026

Bulan November bakal menyaksikan pelbagai pilihan hiburan yang menarik di Netflix, daripada pengembaraan penuh aksi, drama yang memikat, karya bertema...

Read moreDetails
Thailand
Spotlight

Luar Biasa! Ratu Thailand Jadi Ratu Pertama Di Dunia Terbangkan Jet Pejuang

by Nurul A.
November 5, 2026

Sememangnya tak dijangka dan sangat luar biasa! Ratu Suthida, Ratu Thailand telah mencipta sejarah sebagai ratu pertama di dunia, yang...

Read moreDetails
Foto - @jofliam (IG)
Lokal

Wanita Dakwa Jadi Mangsa Penipuan Kelas Forex Jofliam- “Bayar RM1500 Lepas 3 Hari Group WS Tutup”

by Nurul A.
September 25, 2026

Nampaknya nama pempengaruh Jofliam, atau nama sebenarnya Muhammad Syuhaimi Jofli, tidak henti menjadi bualan ramai. Kali ini, namanya terpalit dalam...

Read moreDetails
Ahli Kerabat Diraja
Spotlight

8 Ahli Kerabat Diraja Pilih Orang Biasa Sebagai Pasangan Hidup

by Nurul A.
September 27, 2026

Walaupun 'title' sebagai ahli kerabat diraja memberi banyak kelebihan, tetapi hidup mereka sebenarnya penuh dengan tanggungjawab dan protokol. Lebih-lebih lagi...

Read moreDetails
Spotlight

“Dulu Ada Yang Sinis Ketawa”- Anas Zahrin Kini No. 1 Di TikTok Shop Malaysia

by Phic ARMAN
October 8, 2026

Bukan mudah membina jenama sendiri sehingga dikenali ramai, apatah lagi dalam industri kosmetik yang penuh persaingan. Namun, bagi usahawan dan...

Read moreDetails
Spotlight

Puteri Sarah Sentuh Soal Jodoh, Kaitkan Tentang Sekufu Dari Kisah Tun M & Siti Hasmah

by Phic ARMAN
September 29, 2026

Bila bercakap tentang jodoh, ramai mungkin terus fikir tentang pasangan yang boleh buat kita bahagia. Tetapi bagi pelakon Puteri Sarah...

Read moreDetails
Kate Middleton
Hollywood

[VIDEO] Hampir Jatuh Kerana Gaun Dipijak, Reaksi Kate Middleton Jadi Tumpuan

by Nurul A.
September 24, 2026

Puteri Wales, Kate Middleton hampir tergelincir ketika menghadiri tayangan perdana filem baharu Tom Cruise, "Digger" di London baru-baru ini. Mengenakan...

Read moreDetails
Robert Pattinson
Spotlight

Ada Unsur Ped*filia, Filem Thriller Robert Pattinson Diharamkan Di Malaysia

by Nurul A.
October 7, 2026

Nampaknya peminat Robert Pattinson tidak berpeluang untuk menyaksikan lakonan aktor itu menerusi filem thriller psikologi terbarunya, 'Primetime' di pawagam tempatan....

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    KAHA MAIDAM 2026 Kembali, Ini Tarikh Penebusan & Jumlah Bantuan Untuk Asnaf Terengganu

  2. 2

    “Hans Bila Nak Kahwin?”- Akhirnya Terjawab, Hans Isaac Bakal Kahwini Bekas Ratu Cantik Malaysia

  3. 3

    Penulis Novel ‘Suamiku Anak Mak’ Luah Rasa Kecewa,- “Dulu Pernah Kena Hina Penulis Sampah”

  4. 4

    Cantiknya Kalian! 6 Selebriti Ini Umum Sudah Berhijab

  5. 5

    [VIDEO] Betul Ke Tentang Dajjal? Ini Fakta Lagu Welcome to the Black Parade Nyanyian MCR

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara