Shah Rukh Khan (SRK) dan Gauri Khan sering dianggap sebagai power couple Bollywood. Mereka telah berkahwin pada tahun 1991 dan sejak daripada itu, kisah cinta mereka telah memberi inspirasi kepada ramai orang.
Walaubagaimanapun, perkahwinan mereka tidak lengkap tanpa sebarang cabaran. Keluarga Gauri, terutamanya abangnya, Vikrant Chibber, menentang sekeras-kerasnya hubungan pasangan ini.
Dalam sebuah temu bual lama bersama Kapil Sharma, SRK berkongsi kisah yang agak lucu baginya, mengenai interaksi awal di antara dirinya dan Vikrant, yang akhirnya menjadi lebih tegang.
Mengimbas semula momen itu, SRK menceritakan bagaimana Vikrant telah menjadi penghalang terbesar dalam mendapatkan cinta Gauri. Bukan itu sahaja, Vikrant juga kerap memberi amaran kepadanya dengan tegas.
“Dengar sini, awak boleh menari dengan adik (Gauri) saya tetapi jangan lakukan perkara yang bukan-bukan!”- Vikrant.
SRK juga menceritakan bagaimana Vikrant sentiasa melihat dirinya sebagai satu ancaman yang ‘ganas’ untuk Gauri. Malah pelakon itu juga pernah mendapat amaran yang melibatkan nyawanya daripada lelaki itu.
“Jika saya tembak, awak tak akan tahu sama ada peluru datang dari depan atau belakang. Saya akan belasah awak sampai habis, saya akan pukul awak!”
Dia turut berkongsi bagaimana abang Gauri sering mengugutnya dengan kekerasan fizikal, tetapi SRK hanya mengangguk dan tersenyum, tidak membiarkan ugutan itu menghalangnya daripada mendapatkan Gauri.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.