Siapa yang tidak mengenali jejaka tampan Hisyam bin Hamid atau lebih dikenali sebagai Hisyam Hamid. Dia merupakan seorang pelakon dan pengacara di Singapura dan telah berhijrah ke Malaysia untuk melebarkan lagi sayapnya sebagai seorang pelakon.
Hisyam Hamid mula dikenali ramai selepas berlakon dalam beberapa drama televisyen seperti Memori Cinta Suraya, Gerak Khas, Ariana Rose dan banyak lagi. Drama-drama dan filem lakonannya sering mendapat perhatian ramai dek kerana mempunyai peminat yang sentiasa menyokongnya di Malaysia.
“Korang Ni Bab Menjodohkan Selebriti Memang Nombor Satu”-Netizen
Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @adeleysapeleyyy__ yang peroleh perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 737 ribu, tanda suka sebanyak 29 ribu dan sebanyak 325 komen.
Di dalam video berkenaan, memaparkan Emma Maembong dan Hisyam Hamid yang sedang menjalankan photoshoot sebuah kempen sempena hari raya yang bakal berkunjung tiba nanti.
@adeleysapeleyyy__ shooting for brand @primavalet 🔥 @Hisyam Hamid7 @emma maembong #bts #behindthescenes
Rata-rata netizen teruja melihat video tersebut. Mereka juga mengatakan bahawa jenama tersebut sebelum ini telah membuatkan Syed Saddiq dan Bella Astillah diminati ramai kerana telatah manis mereka, namun kali ini jenama tersebut membuat perkara yang sama pada dua pelakon ini.
Tambah netizen lagi, mereka juga nampak keserasian Emma Maembong dan Hisyam Hamid apabila digandingkan bersama.
Apa-apa pun, jika jodoh tidak kemana dan semoga kita semua diberikan rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat. Apa kata anda?
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.