Sebelum ini, pempengaruh Eyka dilaporkan hilang di hutan di Bandung, Indonesia, namun telah ditemukan selamat pada malam Rabu lepas.
Spekulasi mengenai kejadian tersebut akhirnya terjawab apabila Polis Indonesia mengesahkan bahawa kandungan yang dihasilkan oleh Ammar Nazhan itu adalah lakonan dan rekaan semata-mata.
Ammar Nazhan dan rakannya, Aras, kemudiannya membuat permohonan maaf atas penghasilan kandungan media sosial yang mendakwa kehilangan teman mereka di sebuah hutan di Kota Bandung, Indonesia.
Insiden tersebut menyebabkan mereka menjadi tumpuan, namun perhatian tidak terhenti di situ. Ammar Nazhan kembali menjadi perhatian selepas memuat naik video pendek yang memaparkan dirinya mengedarkan makanan kepada orang ramai.
Bagaimanapun, video tersebut tidak diterima baik oleh netizen, yang menganggap perbuatannya sebagai cubaan untuk menutup kesalahan besar yang dilakukan sebelum ini.
Ada yang mendakwa Ammar cuba meniru gaya pempengaruh Malaysia yang terkenal di Indonesia, Aisar Khaled.
Tindakan Ammar tersebut juga turut mendapat perhatian dalam kalangan selebriti tanah air seperti Sharnaaz Ahmad, Damian Mikhail dan ramai lagi.
Melihat diruangan komen, Sharnaaz seolah-olah meminta kepada pihak yang berkenaan untuk membawa Ammar ke dalam lokap dalam kadar yang segera.
Get this kid in jail ASAP!!!
Damian juga turut meluahkan rasa kekesalannya apabila menyatakan bahawa tindakan Ammar ini sebenarnya memalukan negara Malaysia.
Spesis bikin satu Malaysia malu
Namun, di sebalik kritikan, terdapat juga segelintir netizen yang memberikan kata-kata semangat kepada Ammar untuk terus tabah menghadapi ujian dan terus berbuat kebaikan.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.
©2024 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.