‘Kuch Kuch Hota Hai’ adalah salah satu filem lagenda Bollywood. Dikeluarkan pada tahun 1998, filem ini dikategorikan sebagai filem yang sangat berjaya di India dan juga luar negara.
Mengimbau kembali proses penggambaran filem itu, Kajol mendedahkan satu adegan yang masih membuatnya kagum iaitu ketika Rani menari lagu “Koi Mil Gaya”.
![](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/02/1-5.jpg)
Dalam adegan itu, Rani yang memainkan watak “Tina” telah mengenakan gaun mini berona perak yang mendedahkan kakinya yang panjang. Kajol berkata gaun tersebut sangat pendek sehingga menyukarkan Rani untuk bergerak.
“Apabila saya lihat dia dalam gaun itu, saya berfikir, “Nampaknya dia tak boleh bergerak, bagaimana dia nak lakukannya?”. Tetapi Rani boleh lakukannya dengan sempurna dan menakjubkan!”
![](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/02/2.jpeg)
Mendengar itu, Rani menyatakan dia juga tidak tahu bagaimana mahu lakukan adegan tersebut. Walaupun ketika itu dia berusia 17 tahun dan jarang memakai gaun pendek, dia berasa agak janggal.
“Sejujurnya saya tak tahu bagaimana nak lakukannya. Saya tak pernah memakai gaun sependek itu sebelum ini. Jadi apabila Karan dan Manish memberitahu saya akan pakai gaun, tetapi ia kelihatan sangat pendek apabila saya sampai di set.”
Rani mengaku sangat takut sebelum melakukan adegan itu. Gaun pendek itu membuatkan dia tidak selesa dan gementar sehingga akhirnya Shah Rukh Khan dan beberapa orang lain membantu menenangkannya.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.