Ibu kepada pelakon dan usahawan terkenal, Noor Neelofa iaitu Noor Kartini menitipkan ucapan istimewa sempena hari lahir Neelofa, hari ini.
Noor Kartini, menerusi Insta Stories turut menitipkan rasa syukur kerana dikurniakan rezeki mempunyai anak-anak yang luar biasa selain sentiasa bersama dan membahagiakan ibu mereka.
“Wahai anakku Neelofa, tiada kata-kata seindah yang mama nak tuturkan dengan hanya puji syukur kepada Allah SWT. Anak-anakku syurga ku, anak-anakku harta ku, anak-anak ku nyawa ku. Anak-anak ku adalah segala-galanya untuk ku.
Terima kasih Allah dengan rezeki kurniaan Mu kepadaku dengan anak-anak yang MasyaAllah hebat luar biasa, Alhamdulillah syukur ya Allah.
Terima kasih anak-anakku kerana sentiasa ada bersama mama dan sentiasa bahagiakan mama, bersatu hati dan erat hubungan adalah impian setiap ibubapa .”-titip Kartini di Instagram
“Mama Doakan Love Jadi Pendakwah Tersohor Di Seluruh Pelusuk Dunia..”
Tambahnya lagi, Noor Kartini yang juga usahawan turut mendoakan agar Neelofa yang digelarnya sebagai Love untuk menjadi pendakwah tersohor di seluruh pelusuk dunia.
“Sempena hari kelahiran love, mama sebagai ibu yang diizinkan Allah mengandungkan love di dalam rahim mama dengan penuh kasih sayang, dan lahirkan, dan besarkan dengan penuh harapan yang dicita-citakan oleh seorang ibu.
Mama doakan love jadi pendakwah tersohor di seluruh pelusuk dunia dan Bilal menjadi hafiz Quran, wali maulana sheikh bilal yang tersohor di seluruh pelusuk dunia Aamin. Love you anakku. Happy birthday.”
Selamat hari lahir Neelofa!
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.