Perkongsian pelakon dan pengarah terkenal, Syamsul Yusof mencuri perhatian netizen selepas dilihat bercuti bersama keluarga di Switzerland, baru-baru ini.
Menerusi hantaran di Instagram, turut memaparkan pengarah terkenal Datuk Yusof Haslam dan isteri, Datin Patimah Ismail serta cucu mereka, Syaikhul Islam dan Sumayyah yang turut menyertai percutian bersama.
“Always 💫.”-kapsyen ringkas Syamsul di Instagram
“Seronok Tengok Keadaan Ini…”
Di ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa syukur melihat hubungan kekeluargaan ini semakin erat, malah ramai yang menitipkan doa agar kasih sayang di antara mereka terus kekal.
“Alhamdulillah. Moga Allah SWT sentiasa pelihara kasih sayang ini.”
“Alhamdulillah, tumpang gembira.”
“Moga abang dan keluarga sihat hendaknya.”
“Syukur Alhamdulillah berseri sudah Syamsul bersama family.”
“The ultimate love ❤️❤️❤️ .”
“Alhamdulillah. kasih ibu bapa.”
“Seronok tengok keadaan ni.”
“All looking good!! Alhamdulillah sahabat ku ❤️.”
“Happy ye tambah-tambah pergi holidays bersama 😍😍.”
“Love the family bonding.”
“Great to see you happiness right now bro.”
Terdahulu, Datin Patimah berkongsi momen anak lelakinya, Syamsul telah kembali ke pangkuan keluarga setelah bertahun-tahun tidak pulang ke rumah. Perkongsian itu turut memberikan bayangan bahawa Syamsul telah berbaik dengan ibubapa serta bekas isterinya, Puteri Sarah demi anak-anak.
Sama-sama kita doakan yang terbaik agar hubungan kekeluargaan ini berkekalan hingga ke Jannah. Apa komen anda?
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.