Menjelang Anugerah Juara Lagu ke-39 (AJL 39) yang berlangsung malam ini, ramai yang meramalkan bahawa Nadeera bakal dinobatkan sebagai juara dengan lagu “Bukan Lagi Kita.” Lagu ini, hasil ciptaan Hael Husaini, telah menjadi salah satu karya yang paling menonjol dalam pertandingan tahun ini.
Walaupun pemenang kategori Juara Lagu sudah diketahui oleh pihak juri dan hanya akan diumumkan malam ini, kategori persembahan terbaik dan vokal terbaik akan menjadi tumpuan utama penonton. Dalam hal ini, Nadeera disebut-sebut sebagai calon kuat untuk meraih kemenangan, mendapat sokongan dari pelbagai pihak termasuk personaliti terkenal Neelofa serta guru vokal tersohor, Datuk Syafinaz Selamat.
Neelofa, yang sebelum ini sering membuat ramalan tepat mengenai keputusan AJL, turut memilih Nadeera sebagai pemenang tahun ini.

Sementara itu, dalam satu temubual baru-baru ini dengan Media Hiburan, Datuk Syafinaz Selamat turut meletakkan Nadeera dalam senarai penyanyi kegemarannya untuk edisi kali ini. Menurut beliau, kekuatan utama Nadeera terletak pada kestabilan vokalnya ketika membuat persembahan secara langsung, sesuatu yang jarang dimiliki oleh ramai penyanyi.
@mediahiburanofficial Datuk Syafinaz Selamat teruja AJL39, nak tengok persembahan Nadeera, Hael Hussaini, Ernie Zakri & Aina Abdul. Turut ulas trofi Persembahan Vokal Terbaik #MHnews #MediaHiburan #FYP
Rata-rata netizen juga bersetuju dengan ramalan ini. Mereka menginginkan kemenangan Nadeera bukan sahaja kerana vokalnya yang luar biasa tetapi juga kerana perjuangannya yang panjang dalam industri muzik.
Sejak usia muda, Nadeera telah berusaha keras dalam bidang nyanyian, namun rezeki belum berpihak kepadanya. Beliau telah menyertai pelbagai rancangan realiti tetapi tidak mendapat peluang untuk bersinar seperti rakan seangkatan yang lain.

Kini, sebagai finalis AJL 39, peluang ini menjadi harapan besar bagi Nadeera untuk mencipta nama dalam industri dan mencapai kejayaan di puncak. Mampukah Nadeera merealisasikan impian ini? Jawapannya bakal terungkap dalam pentas AJL 39 malam ini.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.