Baru-baru ini tular di media sosial mengenai isu lelaki Muslim yang berpakaian menyerupai wanita di acara karpet merah sebuah pertandingan hiburan yang berlangsung di ibu kota, pada Ahad.
Isu berkenaan turut mendapat respon oleh aktor terkenal, Sharnaaz Ahmad menerusi hantaran di Instagram meluahkan rasa kesal terhadap isu lelaki berpakaian menyerupai wanita yang semakin menjadi-jadi selain menyeru pihak terlibat untuk mengambil tindakan dengan segara sebelum melarat.
“Kadang-kadang kita nak bercakap pun kita kena fikir dulu, saya pun ada anak lelaki. Tapi sekarang apa yang saya nampak dalam tv dah makin menjadi-jadi puak-puak celak* ni.
Ini negara ada undang-undang, negara Islam. Dulu rambut panjang, korang marah, sampai banned tak boleh keluar tv.
Dekat sini, aku rasa perlu ada tindakan segera sebelum benda ni makin merebak. Puak ni korang tak boleh tegur, diorang punya mengamuk lain macam.
Kenapa kita kena stop benda ni sebelum berleluasa?. Jangan sampai kita ni ajdi macam negara-negara besar dan maju di luar sana yang sudah tidak boleh dikawal lagi.”-kesal Sharnaaz di Instagram
Rakan Selebriti & Netizen Setuju!
Di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan selebriti bersetuju dengan kenyataan Sharnaaz, malah ramai yang meluahkan rasa bimbang terhadap golongan tersebut yang semakin berani berpenampilan sedemikian.
“Yang ini saya setuju.”-Niezam Zaidi
“Bingai semua tu. Penganjur suruh ikut tema old money. Tapi red carpet baju-baju badut sarkas. Nasib la komen-komen kat media ni tak ada voice.”-Wak Doyok
“Sokong. Hapuskan bangsa ni.”-Raja Atiqullah
“Yang pelik tu muka semua macam baragaz ada hati ek nak jadi perempuan.”
“Tapi betul, tengok puak ni makin lama makin ramai, makin berani sejak macam tak ada sekatan ni, macam bebas sangat.”
“AJL- Anugerah Jantan Lembut!. Banyak sotong-sotong naik darat semalam. Hopefully program-program macam GV or AJL lepas ni tetapkan dress code yang sesuai. Kalau tak, jangan kasi masuk orang-orang macam tu. Lagi elok banned je terus, buat semak je.”
Difahamkan, pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) memandang serius terhadap isu yang tular di media sosial itu dan telah menghubungi pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk meneliti isu tersebut.
Apa komen anda?
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.