Beberapa selebriti India berikut telah menyatakan hasrat mereka untuk tidak mahu mencari pasangan dan tidak mahu berkahwin sepanjang hayatnya.
Nak tahu siapa mereka?
1. Tabu
Aktres cantik, Tabu memilih untuk kekal bujang sehingga sekarang. Menurutnya, dia mengakui lebih suka membujang daripada berkahwin dengan orang yang salah.
2. Salman KhanÂ
Sering terpalit dengan kontroversi dan menjalinkan hubungan dengan ramai aktres Bollywood yang cantik, Salman Khan kekal membujang selepas memutuskan hubungan dengan Aishwarya Rai. Pada usianya 59 tahun, Salman lebih selesa hidup bersendirian dan tidak berpasangan.
3. Asha ParekhÂ
Pelakon senior, Asha Parekh yang berusia 82 tahun dilaporkan masih belum berkahwin. Akuinya, dia mahu berkahwin dan memiliki aanak tetapi dia merasakan dirinya tidak ditakdirkan untuk semua itu. Dia lebih gembira dengan kehidupan dan status bujangnya.
4. Akshaye Khanna
Walaupun terkenal dan mempunyai ramai peminat, Akshaye Khanna mengatakan dia percaya perkahwinan itu bakal mengubah segala-galanya termasuklah kehilangan kebebasan dalam hidup. Menurutnya, perkahwinan hanya membuatkan dia sesak nafas sahaja.
Apa pendapat kamu?
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.