Tun Dr Siti Hasmah binti Haji Mohamad Ali yang lahir pada 12 Julai 1926 merupakan isteri kepada bekas Perdana Menteri Malaysia yang ke-4 dan ke-7 iaitu Tun Dr Mahathir bin Mohamad.
Tun Dr Siti Hasmah merupakan salah seorang wanita melayu pertama yang memperolehi kursus perubatan di kolej perubatan King Edward VII di Singapura (kini dikenali sebagai Sekolah Perubatan Yong Loo) selepas Perang Dunia II. Beliau juga terkenal, kerana gemar bermain alat muzik terutamanya Biola dan Piano.
“Banyak Jasa Suami Isteri Ini Untuk Membangunkan Negara Malaysia”-Netizen
Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @amofficialmy yang peorleh perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 1.1 juta, tanda suka sebanyak 44 ribu dan sebanyak 3,560 komen.
Di dalam video berkenaan memaparkan Tun Siti Hasmah bersama suaminya iaitu Tun Dr Mahathir membeli barangan dapur.
@amofficialmy Menuju umur 100 tahun. Masih kuat.
♬ 勇敢与浪漫 Romantic – PimaMusic – Calm, Upbeat,EDM, Rock, Piano, Strings
Rata-rata netizen teruja melihat video tersebut. mereka juga mengatakan bahawa walaupun Tun Mahathir akan memasuki usia 100 tahun pada Julai nanti, beliau tetap tampak sihat dan kuat. Tambah mereka lagi, jasa yang dilaburkan oleh pasangan ini buat membangunkan ekonomi negara tidak dapat dibalas dan hanya doa yang dapat mereka berikan.
Apa-apa pun, semoga negara Malaysia terus maju, aman dan makmur. Semoga kita semua diberikan rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat. Apa kata anda?
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.