Siapa yang tidak mengenali dengan pelakon dan penyanyi cantik satu ini, iaitu Bella Astillah atau nama sebenarnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah.
Memulakan kerjayanya sebagai penyanyi semasa masih kecil bersama-sama adiknya Didi Astillah yang dikenali sebagai Anak-anak mutiara. Mereka berdua kini meneruskan kerjaya dalam industri seni tanah air dalam bidang lakonan.
Penyanyi kelahiran Sandakan Sabah ini telah dikurniakan 2 orang cahaya mata dengan perkahwinan terdahulu bersama bekas suaminya iaitu Aliff Aziz. Kini dikatakan bahawa Bella Astillah sedang hangat bercinta dengan pempengaruh dan ahli politik iaitu Syed Saddiq.
“Bagus Betul Dia Tak Malu Nak Sorokkan Perasaannya Itu”-Netizen
Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @percutianbudgetanda yang peroleh perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 2 juta, tanda suka sebanyak 120 ribu dan sebanyak 2,859 komen.
Di dalam video berkenaan, memaparkan Syed Saddiq yang mengusap matanya di lapangan terbang ketika menghantar Bella Astillah menunaikan umrah.
@percutianbudgetanda Nah vit c untuk peminat #BASS ..rezeki mlm td dpt dapat jumpa diorg depan2….moga kuatkn jodoh diorg..dan..diorg sngt humble.. #bellaastillah #BellaAstillah #BASS #trending #didiastillah
Rata-rata netizen teruja meliat video tersebut. Mereka juga mengatakan bahawa semestinya Syed Saddiq dan Bella Astillah mempunyai hubungan yang istimewa. Tambah mereka lagi, Syed Saddiq tidak malu untuk menunjukkan perasaannya walaupun ketika bersama Bella Astillah.
Apa-apa pun, semoga kita semua diberikan rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat. Apa kata anda?
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.