Kalau kamu nak tahu, pada awalnya Shah Rukh Khan (SRK) dan Kajol bukanlah rakan yang rapat seperti sekarang. Menariknya ketika pertemuan pertama mereka, SRK mendapati Kajol seorang yang “mulut banyak” dan tidak berhenti bercakap walaupun seketika.
Dalam temu bual dengan ABP News 2015, SRK dan Kajol mengenang semula pertemuan pertama mereka di set filem ‘Baazigar’.
Throwback pertemuan pertama, SRK berkongsi dia secara berselorohnya memanggil Kajol sebagai “burung merak” kerana suaranya yang sangat lantang. SRK juga teringat dia pernah berkongsi kepada jurusoleknya mengenai sikap Kajol.
“Kami yang lain sangat letih, jurukamera kami telah ditangkap kerana dia tidak mempunyai lesen. Dan satu-satunya bunyi bising di set adalah Kajol. Saya juga mengadu kepada jurusolek dengan berkata, “Pelakon jenis apakah dia ni? Tak bolehkah dia diam seketika?”

Manakala Kajol yang mengimbas semula pertemuan mereka, mengatakan SRK seorang yang pemarah.
“Selama dua jam dia duduk dan hanya membaca skripnya, tidak bercakap dengan sesiapa. Duduk di atas kerusi dan jadi pemarah dan kasar.”
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.