Pada akhir 90-an, Salman Khan dan Aishwarya Rai adalah salah satu pasangan yang paling hangat diperkatakan dalam industri Bollywood dan ramai percaya mereka akan berkahwin.
Tetapi siapa sangka, mereka akhirnya memilih untuk berpisah dan perpisahan mereka telah menimbulkan pelbagai spekulasi.
Walaupun ramai yang menyalahkan Salman atas perpisahan itu, Arbaaz Khan iaitu pelakon dan penerbit filem pula mendedahkan sebaliknya. Dia berkongsi mengenai keraguan Aishwarya yang mungkin memainkan peranan penting dalam perpisahan mereka.

Salman dilaporkan sangat menyayangi Aishwarya dan mahu berkahwin dengannya. Tetapi Aishwarya pula mahu fokus kepada kerjayanya dan belum bersedia untuk berkahwin. Hal ini telah menimbulkan ketegangan dalam hubungan mereka kerana Salman sudah bersedia, Aishwarya masih tidak pasti.
Lebih merumitkan keadaan, bapa Aishwarya tidak menyokong hubungan mereka kerana reputasi Salman ketika itu sebagai kasanova. Dia mengambil berat masa depan anak perempuannya dan tidak melihat Salman sebagai pasangan yang sesuai.

Menurut Arbaaz, Salman kecewa dengan sikap Aishwarya dan ia mempengaruhi sikapnya. Dia menjadi pemarah dan mula hilang kawalan. Terdapat juga laporan bahawa Salman membuat huru-hara di set penggambaran Aishwarya, menyebabkan dia digantikan daripada filem itu.
Pergaduhan antara Salman dan Aishwarya menjadi lebih kerap hingga menyebabkan hubungan mereka akhirnya berakhir.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.