• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Update Viral

Ramai Tak Tahu! Duit Raya Adalah Sedekah, Bukan Kewajiban

Budaya memberi duit raya seperti menjadi kewajiban yang membebankan.

by Arsiqin Yusof
March 31, 2025
Share on Facebook

Setiap kali menjelang Aidilfitri, suasana meriah bukan sahaja dengan persiapan raya dan juadah yang lazat, tetapi juga dengan satu tradisi yang sangat dinantikan iaitu duit raya! Kanak-kanak paling teruja, manakala orang dewasa pula ada yang seronok memberi, namun ada juga yang mengeluh dompet makin nipis. Tapi, benarkah duit raya satu kewajiban? atau ia sekadar sedekah yang digalakkan?

Dari Mana Asalnya Duit Raya?

Tradisi memberi duit raya ini dipercayai berasal dari budaya masyarakat Arab dan Cina yang mengamalkan pemberian wang dalam sampul sebagai tanda keberkatan. Di Malaysia, amalan ini semakin berkembang dan menjadi kebiasaan terutama menjelang musim perayaan termasuklah Aidilfitri. Namun, dalam Islam, tiada dalil yang mewajibkan pemberian duit raya. Ia lebih kepada amalan sedekah, yang digalakkan tetapi tidak dipaksa.

Sedekah, Bukan Paksaan

Islam menekankan kepentingan bersedekah, tetapi dalam kemampuan masing-masing. Tidak perlu berasa terbeban jika tidak mampu memberi duit raya. Memberi senyuman, melayan tetamu dengan baik, dan berkongsi juadah juga satu bentuk sedekah. Jika ada rezeki lebih, memberi duit raya boleh menjadi satu cara menggembirakan hati orang lain, tetapi tidak menjadikannya satu kewajiban sosial.

Dalam masa lagi beberapa hari untuk menyambut Aidilfitri, topik ini menjadi hangat dibincangkan oleh warga netizen. Melalui perkongsian @budgetwithanis menyatakan pemberiaan duit raya adalah sedekah dan bukan paksaan. Perkongsian ini telah mendapat reaksi pelbagai netizen yang terasa dibebani dengan isu ini.

“Ada yang pernah pinjam duit untuk buat duit raya”

“Setuju sangat2”

“Bagi yang mana mampu je lah”

Sanggup Menabung Demi Duit Raya

Kadangkala, ada yang berlumba-lumba memberi duit raya dalam jumlah yang besar demi menjaga status atau menyaingi sanak saudara. Sebenarnya, nilai duit raya bukanlah ukuran keikhlasan. Yang penting adalah niat untuk berkongsi kegembiraan. Jika tidak mampu memberi wang, kita masih boleh memberi dalam bentuk lain seperti hadiah kecil atau doa yang baik. Namun, demi berkongsi rezeki, ada juga yang sanggup menabung dari awal untuk persediaan duit raya. Melalui perkongsian @njhazman yang berkongsi pengalamannya dalam pemberian duit raya. di akaun Thread. Menjengah ke ruangan komn, ramai juga yang mengalami perkara yang sama hingga ada yang sanggup menabung!

“Faham sangat, kita sampai main kutu and share suami isteri”

“bulan 10 lepas dah start menabung untuk duit raya, struggle jugak lah so kena planning awal”

“Duit raya tak habis last year, bawak ke tahun ni”

Mengajar Anak-Anak Erti Bersyukur

Bagi kanak-kanak, duit raya memang sesuatu yang menyeronokkan, tetapi ibu bapa perlu mendidik mereka untuk tidak terlalu bergantung kepada pemberian orang lain. Ajarkan bahawa duit raya adalah rezeki tambahan, bukan hak yang mesti diperoleh setiap kali raya. Ini boleh mendidik mereka untuk lebih bersyukur dan memahami nilai sebenar sedekah.

Duit raya adalah satu tradisi yang indah dalam meraikan Aidilfitri, tetapi ia bukan satu kewajiban. Jangan sampai tertekan atau memaksa diri hanya kerana ingin memenuhi ekspektasi orang lain. Apa yang lebih penting adalah nilai persaudaraan, keikhlasan, dan semangat memberi tanpa mengira bentuknya. Selamat Hari Raya, dan semoga amalan baik kita diterima!

#DugaanRayaaidilfitriduit
https://lomp.at/ju0vu
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Viral

Penggemar Video Sundal Gelarkan Tertuduh, ‘Daddy Ash’ Sebagai Sifu, – “Bagi Tips Mahaguru”

by Zaidin Albert
January 26, 2024

Tertuduh yang dikenali dengan nama 'Daddy Ash' atau nama sebenarnya Hasli Ikhwan Arif Zul Hasli, 32 merupakan individu yang di...

Read moreDetails
Lokal

100% Wajah Sama Dengan Artis, Kembar Pakya Sepahtu Merupakan Seorang Pengetua Sekolah

by Puteri Alia
April 7, 2023

Wajah pelanduk dua serupa dalam kalangan selebriti tanah air ini bukanlah satu hal yang pelik lagi, bahkan ada yang hampir...

Read moreDetails
Viral

Luahan Nasib Anak Mona Fandey Yang Ramai Tidak Tahu-“Terpaksa Telan Air Liur Ayahnya?”

by Jash Lee
September 12, 2023

Mohd Affandi Abdul Rahman dan Maznah Ismail atau lebih dikenali sebagai Mona Fandey masih hangat lagi dibincangkan sehingga ke hari...

Read moreDetails
Spotlight

Keluarga Ghazali Menang Besar, Rangkul Juara

by Ayu Kamaruddin
December 8, 2025

Keluarga Ghazali sekali lagi membuktikan dominasi mereka dalam arena Muay Thai apabila dua beradik, Elias Ghazali bin Zulfikar atau lebih...

Read moreDetails
Viral

[VIDEO] Sesuci Lebaran Di Kelab Malam..-“Pening Nak Happy Ke Nak Sedih?”

by Jash Lee
April 26, 2023

Pejam celik pejam celik, raya sudah menjelma. Hari Raya Aidilfitri tahun ini disambut dengan begitu meriah, bukan sahaja di Malaysia...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2026- Golongan Manakah Yang Layak Terima?

  2. 2

    Raisa Mahu Peminat Selami Dua Sisi Berbeza Di ‘Raisa Ambivert Tour’

  3. 3

    Tolak Cadangan Tunjuk IC, Penjelasan Khairul Aming Buat Ramai Terdiam- “Tak Semua Tahu PDPA Ni”

  4. 4

    “Saya Tak Simpati Sebab Saya Akan ‘Basuh’ Dia”- Syafiq Kyle

  5. 5

    Kenali Isteri Ku Li, Madamme Alfi dan Kehidupan Keluarga Bahagia Mereka

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore