Murai tak pasti jika kamu pernah mendengar tentang insiden yang pernah mengegarkan dunia hiburan suatu ketika dahulu. Insiden tersebut melibatkan dua nama besar dalam industri Bollywood iaitu Amitabh Bachchan dan mendiang Parveen Babi.
Kalau kamu nak tahu, nama kedua-dua pelakon ini telah menjadi tajuk utama apabila mendiang Parveen melaporkan kepada pihak polis bahawa dia telah diculik oleh Amitabh.

Menurut beberapa sumber, Parveen memfailkan aduan dan membawanya ke mahkamah, mendakwa bahawa Amitabh adalah “samseng antarabangsa”.
Bukan itu sahaja, dia juga mendakwa Amitabh telah mengupah penjahat untuk menculik dan menyimpannya di sebuah pulau. Menariknya, dakwaan penculikan itu dikatakan bertujuan bagi untuk menanam cip di bawah telinga melalui pembedahan.

Aduan yang dibuat oleh Parveen membuatkan Amitabh ditahan dan dibawa ke mahkamah. Bagaimanapun, nama Amitabh dibersihkan selepas siasatan mendedahkan Parveen sebenarnya didiagnosis dengan skizofrenia.

Sekadar info, skizofrenia adalah penyakit mental yang menjejaskan pemikiran, perasaan dan tingkah laku seseorang sehingga ia menjauhkan mereka daripada realiti.
Amitabh yang bercakap mengenai tuduhan Parveen semasa siasatan, menjelaskan bahawa penyakit mendiang menyebabkan dia kehilangan sentuhan dan realiti, membawa dirinya kepada khayalan dan halusinasi.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.