Sejak bertemu di set ‘Jab We Met’, peminat tak pernah lupakan chemistry antara pelakon Shahid Kapoor dan Kareena Kapoor. Walaupun begitu, hubungan mereka tidak bertahan lama dan perpisahan mereka berlaku kerana khabar angin pihak ketiga.
Kareena dikatakan telah jatuh cinta dan berlaku curang bersama pihak ketiga iaitu Saif Ali Khan semasa set penggambaran filem ‘Tashaan’ pada tahun 2007.
Menurut beberapa sumber, Shahid yang patah hati dengan perpisahan itu telah menemui ‘ketenangan’ dengan penggantinya, Priyanka Chopra. Kemudian dia dijodohkan dengan calon pilihan keluarganya iaitu Mira Rajput.

Walaupun Kareena dan Shahid sudah pun mendirikan rumah tangga, mereka tidak pernah bercakap antara satu sama lain sehinggalah menghadiri majlis IIFA 2025, kedua-duanya akhirnya bercakap buat pertama kalinya.

Apabila mengenang masa lalu, Shahid pernah berkongsi mengenai pengalaman pahit selepas berpisah dengan Kareena. Akuinya, dia berasa cukup terluka dan sakit hati apabila mengetahui Kareena bakal berkahwin dengan Saif.
“Tipulah jika saya mengatakan ia tidak menjejaskan saya. Saya juga seorang manusia dan ianya sakit melihat bekas kekasih awak berjalan dengan orang lain dan membaca mengenainya di mana-mana.”

Tetapi rasa ‘sakit hatinya’ tidak bertahan lama kerana dia akhirnya menemui kebahagian dengan isteriya, Mira Rajput. Kini Shahid mengatakan dia lebih terbuka dan akan kembali berkawan biasa dengan Kareena.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.