Kalau kamu nak tahu, negara India pada zaman dahulu terbahagi kepada beberapa wilayah yang dikuasai oleh raja-raja.
Sehingga ke hari ini, kerajaan-kerajaan kecil ini masih lagi wujud serta keluarga diraja masih lagi bertahan walaupun dunia semakin moden.
Dan sebahagian daripada keturunan diraja dan bangsawan ini ada yang menceburi bidang hiburan. Nak tahu siapa mereka?
Bhagyashree
Menjadi popular selepas bekerja bersama Salman Khan dalam filem ‘Maine Pyar Kya’, Bhagyashree merupakan anak perempuan sulung Raja Vijay Singhrao Madhavrao Patwardhan iaitu Raja Sangli di Maharashtra.
“Ketika saya masih kecil, saya berasa pelik apabila orang yang lebih tua daripada saya, menyentuh kaki saya kerana mereka memberi penghormatan kepada keluarga diraja.”
Aditi Rao Hydari
Mencipta nama dalam Bollywood melalui beberapa filem popularnya seperti ‘Rockstar’, ‘Kaatru’ dan ‘Padmaavat’, Aditi Rao Hydari rupanya berasal daripada keluarga diraja.
Di sebelah bapanya, Aditi ialah cicit kepada Sir Muhammad Akbr Nazar Ali Hydari, bekas ketua menteri negeri Hyderabad. Sementara itu, dari sebelah ibunya, beliau adalah cucu Raja J. Rameshwar Rao, daripada puak Wanparty.
Riya Sen & Raima Sen
Adik beradik Bengali ini telah memasuki industri hiburan Bollywood pada awal 90-an, mengikuti jejak ibu mereka iaitu Moon Moon Sen dan nenek, Suchitra Sen.
Untuk pengetahuan kamu, nenek moyang Riya dan Raima di sebelah bapanya, adalah anak perempuan tunggal Maharaja Sayajirao Gaekwad III dari Baroda.
Mereka juga mempunyai kaitan dengan Gayatri Devi, Maharani dari Jaipur. Manakala bapa mereka sendiri, Bharat Dev Sharma adalah ahli keluarga bangsawan Tripura.
Saif Ali Khan & Soha Ali Khan
Di sebalik penglibatan mereka dalam industri hiburan Bollywood, Saif dan Soha berasal daripada keluarga bangsawan, mewarisi keturunan puak Pataudi.
Bapa mereka, Mansoor Ali Khan (Tiger Pataudi) merupakan keturunan terakhir kerajaan Pataudi. Selepas bapanya meninggal dunia, Saif sebagai penggantinya telah mengubah suai istana Pataudi dan mengekalkannya sebagai pusaka keluarga.
Selain mereka di atas, ada tak selebriti yang kamu tahu lagi?
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.